Biar saya beri contoh. Pernahkah anda melihat seseorang... cuba untuk membaca buku dan apabila dia sedang membacanya dia tersedar bahawa dia tidak memakai cermin mata. Jadi, dia mencari cermin matanya di semua tempat tetapi dia gagal menemukannya. Dia menyerah dan menyimpan bukunya. Setelah itu, dia terjumpa cermin matanya bersangkut di atas kepala. Selama ini, cermin mata tersebut terletak di atas kepalanya. Sama juga dengan kita menghabiskan masa mencari kekuatan dari luar apabila kita sendiri sudah ada kekuatan tersebut. Kita semua mahu meraih kejayaan. Anda mahu sukses dan saya mahu sukses. Rakan anda mahu sukses. Kita semua mahu sukses! Tapi kita masih mengatakan kita tidak mempunyai kekuatan. Kita semua sebenarnya mempunyai kekuatan itu! Tetapi kita malas mengambil masa untuk mencarinya.
Anda kenal Nabi Daud as. Nabi Daud adalah orang yang berjaya. Biar saya ceritakan serba sedikit bagaimana baginda boleh berjaya. Pada zaman Nabi Daud terdapat banyak peperangan. Baginda pergi berperang melawan musuh secara berterusan. Masalah yang dihadapi adalah senjata peperangan sangat berat. Senjata baginda sangat berat untuk dibawa. Jadi pada suatu hari dia duduk dan mencari buah fikiran untuk masalah ini. Lalu baginda menemui sekeping besi kalis karat di lantai. Baginda memegang besi tersebut lalu ia melebur seperti getah. Ia melebur seperti getah. Allah Azza wa jal berfirman ".. dan Kami telah melunakkan besi untuknya." [As-Saba': 10]
Nabi Daud mengambil besi tersebut dan mencipta senjata-senjata. Baginda memotongnya menjadi potongan kecil dan mereka senjata. Baginda memberikan senjata-senjata itu untuk askar-askarnya. Askarnya menggunakan senjata tersebut dan mereka menang terhadap musuh, dan ia berterusan berlaku. Baginda mula mereka senjata-senjata itu dan terus menang. Baginda menjadi sangat berjaya. Malah, baginda menjadi raja. Inilah kejayaan. Inilah orang yang berjaya.
Bagaimana Nabi Daud dapat meraih kejayaan ini? Pertama: baginda menjumpai kekuatan itu di dalam dirinya sendiri. Baginda tidak menjelajah ke Russia, dan membawa senjata yang paling canggih. Tidak. Baginda kekal di tempatnya dan menemui kekuatan itu terbentang di hadapannya.
Kedua: dengan Taqwallah. Baginda bertaqwa kepada Allah... kerana itu, dia menjumpai kekuatan dari dalam.
Diterjemahkan daripada video di bawah
No comments:
Post a Comment