Islamic calendar

Saturday, 8 March 2014

Boh pike gilak. Enjoy jak..

Ika kinek di Surabaya. Seminggu dah masuk semester 4. Rindu gilak ngan rumah, ngan Bintulu, ngan kawan-kawan di Raudhah. Sampe rasa mok berhenti belajar. Sampe rasa benci dengan tempat yang namanya Surabaya tok. Entahlah tiba-tiba. Surabaya tok lah tempat mengajar erti kehidupan. Kepadatannya, kepanasannya, kebanjirannya, kesesakannya. Ya molah Ika rasa makin rindu ngan Bintulu, yang tenangnya, yang kurang orangnya, yang banyak kawan baik-baik, yang banyak anak buahnya.

But I told myself, orang, bukan family ko jak, tapi orang, kawan-kawan, makcik-makcik yang ko baruk kenal, kakak-kakak angkat ko, kazen-kazen ko dah berik ko macam-macam belajar di Surabaya tok. Mak bapak kakak-kakak ngan abang-abang kau dah berkorban mati-matian carik duit pake kirum untuk kau. Biar lah anak-anak sidak sikpat makan mewah-mewah asal adik bongsu nya tok sik lapar di Surabaya, boleh travel macam-macam tempat, daki gunung, main kat pante. Tapi kau rasa mok berhenti? Pffftt

Sabarlah duhai Ika. Kau lah harapan besar sidak. Kau lah yang diharap kelak ubah hidup family kau, carik kerja bagus-bagus. Mengajar orang yang sik pande. Membantu membangun kan masyarakat. Jadi usu yang boleh membimbing anak-anak buah kau. Jadi kawan yang boleh membantu sidak. Jadi anak yang buat orang tua rasa aman sampai lah akhir hayat sidak. Mak dah berik izin ko belajar jauh. Apa gik kau maok? Mun mak bapak dah redha, Allah pun redha. Belajar rajin-rajin sia. Boh banyak buang masa dengan hiburan. Kurangkan masa dengan benda yang sik memberi pahala buat diri kau, sebab kau terlalu berharga untuk ummah. Kau ngan kawan-kawan kau sangat diperlukan oleh semua orang. Ingat dirik ko sapa. Kau bukan sapa-sapa mun sik Allah yang berik kau macam-macam kelebihan. Allah sayang ngan kau, ko tauk sik? Very well then, good luck to myself :) two and a half year left!

Loba lok beli buku banyak-banyak pake embak ke Surabaya. Susah mok carik buku English sitok. Beli pake melupak rasa sedih hehe

Sunday, 23 February 2014

4 hari gik..

4 hari gik mok balit Surabaya. Sik tentu rasa nyawa.

Alhamdulillah banyak supporter dari Bintulu. Datang sinun lak rasa kesunyian. Tapi sekpa. Allah suruh kita sunyi supaya kita sedar, Allah dan malaikat-malaikat-Nya sentiasa menemani kita. 

Give good books and I'll love you more. Inshaa Allah..

Thursday, 2 January 2014

Kamek Mintak Maaf Okey!

Assalamualaikum and good morning..

Pernah sik kitak orang rasa susah mok maafkan orang? Well, mun tanyak kat Ika, memang ada. So one day, Ika curhat to my friend. 'Kenak kamek tok susah gilak mok maafkan orang ow?' So nya jawab lebih kurang macam tok la..

Well, kita tok dalam pergaulan ada jak menyenangkan orang. Dalam masa yang sama ada juak menyakitkan hati orang. Kita perlu ingat, kita pun ada molah salah. Macam ya juak orang kat kita. Ada yang menyenangkan dan kadang-kadang sidak sik sedar pun molah salah kat kita. Tapi yalah proses MEMATANGKAN DIRIK KITA.

The point that I got is that, orang molah salah ngan kita ya sebenarnya ujian dari Allah juak untuk molah kita berfikir lebih matang. Apa salahnya mok maafkan seseorang ya sedangkan nya dah menyumbang kematangan dalam dirik kita. Antara orang yang paling senang masuk syurga adalah orang yang dalam hatinya sekda simpan dendam dan maafkan semua kesalahan orang kat diriknya. Subhanallah. Semoga kita pun jadi orang yang pemaaf :)

Besarkan jiwa kita seperti besarnya jiwa orang Palestine.

Sunday, 29 December 2013

Favorite video #1

Assalamualaikum,

Ika mok share sigek video tok. Terbaek dari ladang...

LAYAN..


Monday, 9 September 2013

Mak..

Yah, lamak dah sik update blog. Banyak mok cerita. Tapi rasanya sik perlu mok share. Sik banyak manfaat. Hehe
Sekarang tok aku dah ada kat Surabaya agik
Ariya bulan 7 cuti balit Malaysia. Kakya awal bulan 9 tek datang Surabaya balit. And yeah, rasa cam mimpi jak udah balit Bintulu ariya. Tapi rasa sekejap jak udah abis cuti

Pergi ke Surabaya kali ke-2 tok nang dahsyat eh. Seminggu sebelum mok pergi gik da emo sik tentu pasal. Asal teringat mok balit Surabaya, menget (nangis). Rasa mok madah jak ngan mak 'Mak, kamek sik mok pergi belajar di Surabaya agik. Kamek mok duduk ngan mak jak. Sik mok belajar gik.' hehe. Mun juak dapat dipadah giya.

Mungkin sebelum tok aku sik hargai gilak apa yang mak aku dah buat aku.
Mungkin sebelum tok aku boleh dapat apa yang aku maok tanpa rasa pengorbanan keluarga aku.

Then, puasa kali tok tek aku balit. Sik tauk la pahal aku mok tolong kakak aku jaga gerai. Mekrang jual mee jawa, satay ngan kueh-kueh. Dari sia la aku asa cam banyak alu juak keluarga aku korbankan untuk aku. 
Sik lamak kakya aku keja jaga butik ngan bos lamak aku. Kan posa, jadi malas la aku mok jalan kaki balit rumah. Bapak aku sik kesah jak mok ambik anta aku pake moto legend nya ya. And masa cuti kali tok tek, bapak langsung sekda marah an aku. Mungkin sebab nya rindu gilak bah. Anak bongsu. Nok lain semua dah kawen. Tinggal aku jak pake hibur ati.

So, kali tok tek benar-benar rasa..... rasa mok duk jak dengan mak bapak. Sik mok pegi sine-sine. Tok tek esok sebelom mok fly, mak bjaga malam molah kek lapis ngan sambal pusuk pake aku embak ke Surabaya. Aku nang dah sikpat mok tlongnya, sebak gilak dah nyawa.

Petang ya, aku embak mak ke pantai tanjung batu, kakya shopping sikit. Bila dah balit rumah malam ya, packing-packing sikpat tahan gik. Tunggah mak. Mak masuk bilit nangga aku.

"Pahal ko tek?"

"Mak." Nangis duk sebelah mak.

"Pahal kau? Ko sik mok balit sinun ka?"

"Sik, kamek sikpat berenti nangis"

"Jangan macam ya bah. Kelak-kelak ilang lah ya....."

So, the next day, nangga mata kembang alu cam sikleh bukak. Hah, sik pernah aku rasa sayu macam ya gilak. Rasa dunia tok macam dah berakhir. Sekarang aku dah sem 3. So, ada junior ngan aku sekali. Nasib la sidak sik congek cam aku.

So, untuk sesiapa yang berada di samping mak bapak takrang sekarang, mun malu mok peluk cium mak bapak pun sikpalah, asal jangan lupak mok berdoa akan ketenangan hati sidak.

Friday, 23 August 2013

Boycott Punya Kesah

Suatu petang di supermarket. Mak carik kiub pati tomyam. Jadi nya ambik lah jenama Maggie

Aku: Jenama Maggie tok sekda kat endon mak.

Mak: Benala? Ko mok embak tok pake bekal sinun ka?

Aku: Sik mak. Kamek sik makan Maggie (tapi mun orang dah beli makan jak...)

Mak: Kenak?

Aku: Boycott..

Mak: Maggie boycott la?

Aku: Aok. Nya produk nestle..

Mak: Eh aok. Carik nok jenama Knorr jak la..

:D

English translation

One evening in the supermarket. My mom try to find a tomyam essence cube (thai traditional soup). So, she grabbed the Maggie.

Me: Indonesia don't have this.

Mom: Do you want to bring this there?

Me: No. I don't eat Maggie. (well, I eat it if it has been bought for me....)

Mom: Why?

Me: It's boycotted.

Mom: It is really a boycotted stuff, isn't it?

Me: Yes Mom. It's Nestle's product

Mom: Oh Okey. We'll by Knorr's then.

-Bintulu

Tuesday, 20 August 2013

Terjemahan: Kejayaan Berpunca daripada Kebergantungan Terhadap Tuhan (Taqwa)

"Assalamualaikum. Saya adalah Rayan Arab sedang membuat rakaman untuk The Daily Reminder. Sebahagian daripada kita tersesat jalan, sebahagian daripada kita bercakap, sebahagian daripada kita berjalan dan sebahagian daripada kita adalah semuanya. Kita ada kuasa dari dalam diri kita sendiri, tapi kita banyak membuang waktu untuk cuba mengambil kuasa dari luar.

Biar saya beri contoh. Pernahkah anda melihat seseorang... cuba untuk membaca buku dan apabila dia sedang membacanya dia tersedar bahawa dia tidak memakai cermin mata. Jadi, dia mencari cermin matanya di semua tempat tetapi dia gagal menemukannya. Dia menyerah dan menyimpan bukunya. Setelah itu, dia terjumpa cermin matanya bersangkut di atas kepala. Selama ini, cermin mata tersebut terletak di atas kepalanya. Sama juga dengan kita menghabiskan masa mencari kekuatan dari luar apabila kita sendiri sudah ada kekuatan tersebut. Kita semua mahu meraih kejayaan. Anda mahu sukses dan saya mahu sukses. Rakan anda mahu sukses. Kita semua mahu sukses! Tapi kita masih mengatakan kita tidak mempunyai kekuatan. Kita semua sebenarnya mempunyai kekuatan itu! Tetapi kita malas mengambil masa untuk mencarinya.

Anda kenal Nabi Daud as. Nabi Daud adalah orang yang berjaya. Biar saya ceritakan serba sedikit bagaimana baginda boleh berjaya. Pada zaman Nabi Daud terdapat banyak peperangan. Baginda pergi berperang melawan musuh secara berterusan. Masalah yang dihadapi adalah senjata peperangan sangat berat. Senjata baginda sangat berat untuk dibawa. Jadi pada suatu hari dia duduk dan mencari buah fikiran untuk masalah ini. Lalu baginda menemui sekeping besi kalis karat di lantai. Baginda memegang besi tersebut lalu ia melebur seperti getah. Ia melebur seperti getah. Allah Azza wa jal berfirman ".. dan Kami telah melunakkan besi untuknya." [As-Saba': 10]

Nabi Daud mengambil besi tersebut dan mencipta senjata-senjata. Baginda memotongnya menjadi potongan kecil dan mereka senjata. Baginda memberikan senjata-senjata itu untuk askar-askarnya. Askarnya menggunakan senjata tersebut dan mereka menang terhadap musuh, dan ia berterusan berlaku. Baginda mula mereka senjata-senjata itu dan terus menang. Baginda menjadi sangat berjaya. Malah, baginda menjadi raja. Inilah kejayaan. Inilah orang yang berjaya.

Bagaimana Nabi Daud dapat meraih kejayaan ini? Pertama: baginda menjumpai kekuatan itu di dalam dirinya sendiri. Baginda tidak menjelajah ke Russia, dan membawa senjata yang paling canggih. Tidak. Baginda kekal di tempatnya dan menemui kekuatan itu terbentang di hadapannya.

Kedua: dengan Taqwallah. Baginda bertaqwa kepada Allah... kerana itu, dia menjumpai kekuatan dari dalam.

Diterjemahkan daripada video di bawah