Kotak memoriku masih menyimpan kenangan bersama sang Emak. Emak sudah tua sekarang, selalu disalah sangka sebagai nenekku. Sampai sekarang pun Emak masih bertungkus lumus dengan kudratnya yang semakin melemah untuk membiayai pengajianku setingkat ijazah. Setiap kali nak mintak 'bank in' duit belanja mesti rasa bersalah. Emak sepatutnya sudah duduk bersenang-senang sekarang. Tapi kerana aku, mata yang mengantuk di pagi buta harus dipaksakan untuk dibuka seluas-luasnya agar dapat mengadun kueh untuk dijual. Aku juga cemburu kerana masanya banyak dihabiskan untuk cucu-cucunya sekarang.
Walaupun umur dah boleh dianggap dewasa, aku masih meminta apa yang sedang disuapkannya ke mulut. Kalau Emak sedang makan bubur, akan kuminta lalu diberikannya semua kepadaku.
Sekarang dah lain. Aku pun dah sekolah jauh sampai-sampai dia pun terima hakikat bahawa lepas ni, Ika akan selalu 'jauh' dari keluarga. Asal cuti saja, kerja. Mungkin sebab itu Emak rasa jauh. Semua yang lain dah berkeluarga. Tinggal aku, yang diharapkan untuk menjadi penghibur dan pendengar setia Emak dengan Bapak. Namun aku belum dewasa seperti yang lain untuk cuba memahami dan mencari solusi atas keluhan mereka. Malah, aku sendiri mengadu hal-hal remeh kepada mereka. 'Mak duit habis'. 'Mak, dia jahat kat Ika'. 'Mak, ika demam'. Ika.. Ika.. Bila nak dewasa?
Emak adalah seorang yang sangat tabah, sehingga jalan cerita hidupnya boleh dijadikan Biografi Inspirasi. Tapi aku belum mampu menulis lembaran hidupnya. Tapi aku hairan, kenapa anak-anaknya tak macam tu. Aku cuba jadi macam dia, tetapi kesenangan hidup aku ditenggelami kepayahan yang mematangkan akalnya yang dialaminya sedari kecil berumur 2 tahun saat nenekku meninggal dunia.
Mak, kamek bangga dengan kitak. Kamek sik dapat balas pengorbanan kitak. Tapi kamek harap kitak restu apa yang kamek molah sekarang. Harap dapat molah kitak bangga di depan Allah kat akhirat kelak.
#1ramadhan1435H #6dayslefttogohome #surabaya
No comments:
Post a Comment