Islamic calendar

Saturday, 28 June 2014

Kau Buat Aku Bekerja Keras

Waktu kita disakiti, kita perlu sedar diri bahawa banyak lagi orang yang lembut kepada kita.

Hari ni kau menyebabkan aku bekerja keras wahai sahabat. Kau buat aku bekerja keras untuk menjadi teman yang terbaik untukmu. Aku terpaksa bekerja keras berperang antara buruk sangka dan cuba memahami dirimu. Sampai sekarang aku masih belum tahu, siapa yang menang.

Maafkan aku jika aku terlebih beremosi dalam merespon sikapmu. Kerana aku bukan manusia yang tiada hati. Aku sensitif, sebab kau ku harap adalah orang yang paling sempurna dalam bergaul dengan ku.

Aku tahu, kita tak boleh nak harapkan orang lain layan diri kita sebaik kita melayan orang lain. Sebab yang kita harapkan adalah redha Sang Pencipta. Bukan manusia.

Sekali lagi aku minta maaf atas sikap buruk ku terhadapmu yang sebelum ini dan yang akan datang kerana hanya di syurgalah tempat yang tiada perasaan emosi dan dengki.

No comments:

Post a Comment