Islamic calendar

Friday, 5 April 2013

Handphone Android Yang Dibanggakan

Dua tiga hari lepas, aku ada diberi pengisian or some sort of ceramah from sorang kakak tok.
Benda yang melekat dalam otak aku adalah slot ('izzah dengan Islam). Okay wait! Izzah ya bukan nama orang. Maksud Izzah ya adalah bangga

Well, mun kita rasa kita muslim, sejauh ne kita bangga dengan title ya? Bena ka kita bangga? Atau benar ka kita izzah sebenar-benar izzah ya? Atau kita sik tauk sebenanya kenak kita bangga dengan Islam?
PERNAH SIK TERFIKIR KE SIA?

Dalam slot ya, kakak ya tanyak. KENAK KITA SIK BANGGA DENGAN ISLAM?
(I think most of Muslim now isn't proud to be Muslim)

Jawapannya. Simple jak. Sebab kita sik tauk bena-bena macam ne Islam ya sendirik. Yang kita tauk bila dengar agama Islam, akan terbayang simbol-simbol ibadah jak. Solat, puasa, haji, halal, haram, masjid, pake tudung dan lain-lain. KAN?

Contoh. Kita ada handphone android. Bangga sik pake handphone ya? (of course la bangga)  Kenak bangga? Handphone jak kan? Well, android tok macam-macam ada. Boleh instagram, whatsapp, facebook, main game angrybird dan lain-lain. Bak kata orang 'keren banget sih'.
Bila kita dah tauk android tok 'macam-macam ada', genti kita mok promote kat orang nak? Lebih-lebih gik whatsapp ya. Mun semua ada Whatsapp ya nang jimat lalu la kredit kita.

Kita sebagai muslim seharusnya macam ya! Tapi, biasalah pe'el manusia tok. Bila benda dah ada, selalu di sia-siakan.

Mungkin kita tangga sejarah Islam ya hanya dengan mata, bukan dengan hati. Well, ikut pengalaman aku lah. Bila dengar tentang Ibnu Sina masa gik darjah dolok, i was like this..

Muka sekda perasaan..
.. tapi sebenarnya, Ibnu Sina ya adalah pencetus terciptanya alat-alat perubatan sekarang. Hello! It wasn't the americans okey. Sidak ya nampak cool jak belakon dalam cerita CSI, House and cerita doctor-doctor yang lain, tapi sebenarnya ya semua berasaskan dari orang Islam juak!

Sebenarnya aku tok pun agik juak belajar tentang Islam. Sebab aku rasa 18 tahun aku hidup, macam sia-sia jak gelaran muslim ya. So, sekarang mok tebus usia aku ya. Ajuh, jadilah orang yang bangga akan agama Allah :D

Saturday, 9 March 2013

Rindu Pemimpin Macam Umar

Sekarang aku dah masuk semester 2 dah.
Cuti tek layan Omar Series. Dari episode 1-30. Download dari youtube.
Kenal Umar Al-Khattab? Genti macam boring jak mun aku cerita tentangnya kan? Dah selalu dah dengar. Tapi cayaklah, peribadi umar yang aku belajar dolok masa form 2 dalam pendidikan Islam hanya tinggal fakta yang diingat touch n go. Udah abis PMR udah lah. Sik perlu mok ambik tauk pasalnya agik. Well, then. Mun camya nang rugilah kita.

Seingat aku dolok sebelum aku benar-benar tauk bahawa sahabat-sahabat Nabi saw tok awesome pun orang, aku teringat yang Umar digelar Al-Faruq. Maksudnya yang memisahkan kebatilan dan kebenaran. Ada peristiwa ya, nya pergi keliling Madinah or Mekah ka aku sik berapa ingat, waktu malam, nya survey kehidupan rakyatnya time pemerintahannya. Dolok ne ada tv atau printing service yang boleh tayang muka Khalifah (ketua negara) macam sekarang.

Jadi, masa nya berjalan melihat rakyatnya ya, orang sik tauk nya khalifah. Ada nya temu sorang ibu. Anak-anaknya nangis. Ibu ya sik kenal ngan Umar. Umar tanyak ngan nya, kenak anak-anaknya nangis? Ibu ya jawab sidak lapar. Masa ya ibu ya tengah masak sesuatu dalam periuk. Kakya Umar tanyak gik apa yang ada lam periuk ya. Ibu ya jawab ada air jak, ibu ya sedang mok 'olok-olok' jak seperti nya sedang memasak sesuatu untuk menangkan anak-anaknya yang kelaparan sampe lah sidak tertidur. Konon tek sidak akan makan sik lamak gik. Tapi hakikatnya sidak nang sekda makanan langsung. Kakya ibu ya marah la pasal Umar sebab biarkan hidup miskin dibawah pemerintahannya. Umar pun sik madah nya tek sebenarnya khalifah. Kakya alunya pergi baitulmal yang simpan banyak makanan untuk rakyat and nya berik gandum untuk ibu ya tadik. Kakya nya sendiri yang tolong masakkan makanan untuk keluarga ibu ya. Subhanallah. Ya kotan nya takut kelak Allah tanyak nya kat akhirat kenak nya biarkan ada orang miskin hidup di bawak pimpinannya.

And banyak gik cerita umar tok sebenarnya. Cuma malas mok tulis. (Sapa2 mok aku tulis banyak gik pasal Umar leh la request)

Coba kita tangga sekarang? Ada sik pemerintah yang macam Umar? Rela makan roti ngan minyak jak di saat penduduk di kotanya putus bekalan makanan, tidur atas lantai and batu, sik marah mun orang mengatakan kesalahan yang ada pada diriknya, terima mun orang ada idea yang lebih baik baginya, pakai pakaian macam orang sekeliling, nangis bila molah salah ngan Allah, takut terima jawatan pemimpin, dapat gaji yang sangat minimal dari baitulmal, larang anaknya dapat layanan yang lebih sebab banyak orang mengutamakan anak pemimpin atau orang-orang besar tok, Umar sik mok anaknya dilayan istimewa berbanding orang lain. He is so humble!

Satu benda yang benar-benar melekat dalam hati aku pasalnya adalah nya sik melenting bila ada orang menentang pendapatnya sebagai ketua negara. Sikda sekelumit ego pun dalam hatinya walaupun nya terkenal sebagai seorang yang sangat keras and pemanas. Nya sedar nya hamba Allah and jika nya tersalah dalam berpendapat, ya adalah sebab nya cuma hamba yang lemah. Nya hebat pun bukan sebab diriknya, tapi sebab Allah yang jadikannya hebat. So sekarang aku macam dapat terima jak bila aku ada salah and orang lain betul. Subhanallah. Amik tauk lah tentang sahabat-sahabat Nabi sebab sidaklah pendamping manusia yang paling sempurna, Rasulullah saw.


Wednesday, 20 February 2013

Kita Bukanlah Sesiapa #2

***

Setelah kelas Matematik Tambahan adalah kelas Bahasa Inggeris untuk kelas 4C. Seperti biasa. Rafi mendapat markah yang tertinggi untuk peperiksaan subjek Bahasa Inggeris kali ini. Tapi, kenyataan yang markah Matematik Tambahannya lebih rendah daripada Ameer masih mengusik fikirannya.

Sekarang adalah waktu rehat. Kebanyakan pelajar menyerbu kantin kerana rata-ratanya tidak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Sudah tentulah kerja pembetulan untuk subjek Matematik Tambahan tadi membuatkan otak mereka tepu dan melaparkan perut.

Rafi masih di situ. Tidak puas hati. Kerja pembetulannya sudah beres. Rupanya dia banyak membuat 'careless mistake'. Dia merasa seperti ingin mengetuk kepalanya sendiri kerana membuat kesalahan yang sepatutnya tidak berlaku seperti itu.

"Rafi," panggil Ameer. "Apa kau nak?" jawabnya dingin. "Amboi, kenapa kau ni? Ada masalah kah? Ceciter," Ameer hairan melihat kelakuan Rafi seperti itu. "Cakap sajalah apa kau nak? Lepas tu jangan ganggu aku," bentak Rafi.

"Okey, okey. Maaflah. Ni, aku nak ajak kau pergi program 'Jom Jadi Bintang bersama Ustaz Mikail'. Ustaz tu selalu masuk tv tahu. Aktivitinya adalah main futsal di Kampung Baru Park. Pergi tau. Banyak kawan dan..."

"Cukup. Tu saja kan info penting untuk aku? Aku malas nak dengar lebih. Bye," Rafi pergi meninggalkan tempat duduknya. Dia meluat melihat Ameer yang kelihatan 'alim' itu. Sebelum ini, Ameer memang selalu mengajaknya je program seperti itu.

Dia ingin menuju ke kantin. Tapi terserepak dengan Yusuf. "Rafi," panggil Yusuf. "Ha?" kata Rafi tanda bertanya apa yang ingin dikatakan Yusuf. "Ada tak Ameer bagi tahu tentang program tu?" tanya Yusuf. Darah Rafi terasa seperti menyirap bila mendengar nama Ameer. "Ameer lagi," kata Rafi sambil menggetap gigi kerana geram.

"Kau ni kenapa?" Yusuf hairan melihat kawan baiknya itu kerana setahunya, Rafi tidak pernah ada masalah dengan Ameer. Dia membiarkan sahaja reaksi Rafi lalu menyambung katanya "Kali ni kau mesti ikut. Kau kena teman aku. Aku nak main futsal dan jumpa ustaz tu. Ustaz tu kan terkenal. Lawak pula tu. Tolonglah"

Rafi serba salah.

Bersambung...


KITA BUKANLAH SESIAPA #1 | KITA BUKANLAH SESIAPA #3

Tuesday, 19 February 2013

Kita Bukanlah Sesiapa #1

Hari itu adalah hari Isnin, hari pertama persekolahan setelah cuti dua minggu untuk Semester 1. Suasana di kelas 4 C agak riuh kerana masing-masing menceritakan pengalaman sewaktu cuti mereka. Apa tidaknya, ada yang pergi melancong ke Hollywood, Istanbul, Bangkok, Holland, London dan tidak ketinggalan tempat pelancongam dalam negeri. Ya, mereka ini memang suka mengembara. Setelah itu, mulalah memuat naik gambar-gambar percutian mereka ke lama sosial seperti Facebook dan tidak lupa, Instagram. Itulah kebiasaan anak muda kini. Bahkan ada yang baru berumur 15 tahun sudah pun menunjukkan kemewahan mereka dalam laman sosial tadi seperti mengambil gambar ketika makan di restoran-restoran mahal. Contohnya di Secret Recipe, KFC, McDonald dan seangkatan dengannya. Tetapi, yang digunakan untuk berkunjung ke tempat tersebut adalah masih duit orang tua atau duit biasiswa serta pinjaman untuk mahasiswa. Apalah nak di kata. Bermegah-megah dengan benda yang bukan titik peluh sendiri? (teguran untuk penulis sendiri)

Tidak berapa lama kemudian, Cikgu Dhani pun masuk. Pelajar mengucap selamat seperti biasa dan semua dipersilakan duduk.

"Okey, macam mana cuti kamu semua? Seronok tak? Cikgu dengar ada yang sampai ke Hollywood? Wah, hebat ya," Cikgu Dhani memulakan bicara. "Bolehlah seronok cikgu. Tapi, orang kat sana seksi sangat. Tak sanggup saya nak tengok," jawab Huzaifah, pelajar yang dimaksudkan cikgu Dhani tadi. Semua orang tergelak mendengarnya.

"Oh, yakah? Awak ada jumpa Megan Fox tak?" tanya cikgu Dhani lagi. "Megan Fox? Siapa tu cikgu? Anak Presiden Amerika ka?" Huzaifah kelihatan tertanya-tanya. "Hahaha, kau ni, pergi je ke Amerika. Tapi tak kenal dia. Dia tu lah yang berlakon dalam filem Transformer. Alamak kau ni!" Ruben bantu menjawab pertanyaannya. Dan seluruh kelas pecah dengan tawa sekali lagi.

"Okey, okey. Cukup dengan canda tu semua. Ni, cikgu nak pulangkan kertas jawapan subjek Matematik Tambahan kamu," Cikgu Dhani meleraikan tawa mereka yang tak henti itu.

"Ameer, 85," nama dan markah Ameer disebut Cikgu Dhani setelah menyebut beberapa nama sebelumnya. Ameer bangun dan mengambil kertas jawapannya daripada Cikgu Dhani.

"Rafi, 70," sebutnya lagi. Rafi tersentak sebentar mendengar markahnya. Lama dia kaku di tempat duduk sebelum Cikgu Dhani sekali lagi menyebut namanya. "Rafi, markah awak turun dengan mendadak kali ni. Awak, ada masalah kah?" Rafi menggeleng dan terus berpaling menuju ke tempat duduknya. Sebelum ini, markah Matematik Tambahannya adalah 89 peratus dan mendapat hanya 70 peratus sahaja untuk ujian kali ini satu tamparan hebat untuknya.

"Kenapa aku boleh dapat markah macam ni? Aku dah belajar betul-betul kot! Kenapa budak tu pulak boleh dapat tinggi daripada aku punya?" gumamnya dalam hati. Budak yang dimaksudkannya itu ialah Ameer. Dia menjeling tajam ke arah Ameer yang sedang sibuk melayan pertanyaan kawan-kawannya tentang jawapan untuk soalan dalam kertas peperiksaan Matematik Tambahan itu tadi.

Bersambung...



Monday, 4 February 2013

Punyalah Kurang AjiNoMoto #4 Last

Saadah: Lekak ya?

Tipah: Aku sik tauk la mok molah pa..

Saadah: Eleh, kau tok. Muka gaok, tapi dalam hati ada taman. Wahahaha

Tipah: Wey, lak aku mukak silat Cempaka Puteh Langkah Sumbang baruk tauk.

Saadah: Okey Okey. Sory pok. Sebelum gigi depan aku ilang entam silat ko ya, tok aku nak madah sikit ngan kau.

Tipah: Apa?

Saadah: Walaupun aku tok bukan la ustazah bertauliah dari Masjid Asyakirin, walaupun aku sik masok Ustazah Pilihan, walaupun aku bukan pendakwah retis cam Heliza Helmi, walaupun...

Tipah: Walaupun kau bukan makcik sebelah umah aku! Cakapla cepat! Walaupun.. Walaupun..

Saadah: Let me finished! Walaupun aku kawan kau yang selalu molah salah ngan kau. Harap ko mok dengar  la nasihat dari aku. Kita tok eyh, sik boleh mok harapkan orang lain akan buat bait ngan kita walaupun kita udah bait gilak ngan orang ya. Tapi...

Tipah: Apa tapi tapi?

Saadah: Kita boleh harapkan Allah balas kebaikan kita dengan lebih baik gik. Kita tok manusia bah. Semua molah salah. And mun kita rasa benda ya sik betol, boleh kita tegur. Tapi boh main langgar terus. Pelan-pelan la tegur orang. Mungkinnya sik tauk ya silap nya. Yala dalam kita bertolak ansur ngan orang, kita jangan abaikan hak kita. Kita mesti berani menyatakan hak kita. Ya baruk nunjuk kita tok takut ngan Allah atau takut ngan manusia. Walaupun aku salu tewas takut an manusia. hehehe. Tapi at least kita improve kan?

Tipah: Owh (sambil mengangguk-angguk macam dengar Ceramah Perdana Hal Ehwal Islam jak)

Saadah: Skema ko tok aih! Baruk dengar nasihat sikit, udah angguk-angguk cemya. Anyway, trima kaseh kerana telah sudi mendengarkannya.

Tipah: Saadah, aku mok madah something tok. Tadik ko da madah nak mun mok tegur orang ya pelan-pelan. Tok aku madah pelan-pelan tok (dengan nada yang pelan-pelan)

Saadah: Mmm (sambil minum aek colanya)

Tipah: Aku mok madah yang kau dah selalu terlebih pake kredit aku mun mok sms orang (meransak Saadah dengar ya)

Saadah: Oh yaka? Err..

-TAMMAT-


Friday, 1 February 2013

Cuti Sem 1 di Lamongan

Ari Selasa ariya aku gi Wisata Lamongan Bahari (WBL) or Lamongan Marine Tourism dengan geng-geng dari Malaysia n Indonesia :D .
2 jam jak perjalanan dari Surabaya
Mula-mula ya sik mok ekot geng sebab pokai tek nak? Tapi da geng dari Makasar belanja transport, apa gik? Join jak la

Mekrang nait keta besar cam Pajero ya gi sia


Ketam terbesar di dunia ada di Lamongan hehe




Bioskop 3D
Kurang feeling aku. Orang len da teriak-teriak jak kotan ran nyawa nangga skrin ya tek nang kedak rasa nait roller coaster. Aku gik rasa macam nangga tv. Camne ya?


Aku nang sikpat berenti tetak masuk benda tok. Lawak sebab menakutkan dirik sendirik.




Kesian pusak-pusak lam rumah kucing tok dikurung. Nang sik aktif alu pusak-pusak sitok.


Lepas nait benda tok aku rasa nak muntah. Haha.


Benda-benda camtok nang aku sik nait. Takut abis. Adeh..


Okeyhh
Tercapai juak impian mok memanah. Alhamdulillah
Walaupun dalam lima anak panah sigek jak pacak.


Dalam banyak-banyak benda nok bes n extreme nok dipolah kat WBL tok, sekda yang dapat lawan  keindahan ciptaan Allah. I'm speechless bila berdiri kat sitok. Memang roller coaster or tempat untuk flying fox ya boleh dicipta di sitok, tapi laut seluas tok sikkan dapat dicipta oleh manusia.
Nok depan ya batu kodok sebab upanya kedak katak.