Hari itu adalah hari Isnin, hari pertama persekolahan setelah cuti dua minggu untuk Semester 1. Suasana di kelas 4 C agak riuh kerana masing-masing menceritakan pengalaman sewaktu cuti mereka. Apa tidaknya, ada yang pergi melancong ke Hollywood, Istanbul, Bangkok, Holland, London dan tidak ketinggalan tempat pelancongam dalam negeri. Ya, mereka ini memang suka mengembara. Setelah itu, mulalah memuat naik gambar-gambar percutian mereka ke lama sosial seperti Facebook dan tidak lupa, Instagram. Itulah kebiasaan anak muda kini. Bahkan ada yang baru berumur 15 tahun sudah pun menunjukkan kemewahan mereka dalam laman sosial tadi seperti mengambil gambar ketika makan di restoran-restoran mahal. Contohnya di Secret Recipe, KFC, McDonald dan seangkatan dengannya. Tetapi, yang digunakan untuk berkunjung ke tempat tersebut adalah masih duit orang tua atau duit biasiswa serta pinjaman untuk mahasiswa. Apalah nak di kata. Bermegah-megah dengan benda yang bukan titik peluh sendiri? (teguran untuk penulis sendiri)
Tidak berapa lama kemudian, Cikgu Dhani pun masuk. Pelajar mengucap selamat seperti biasa dan semua dipersilakan duduk.
"Okey, macam mana cuti kamu semua? Seronok tak? Cikgu dengar ada yang sampai ke Hollywood? Wah, hebat ya," Cikgu Dhani memulakan bicara. "Bolehlah seronok cikgu. Tapi, orang kat sana seksi sangat. Tak sanggup saya nak tengok," jawab Huzaifah, pelajar yang dimaksudkan cikgu Dhani tadi. Semua orang tergelak mendengarnya.
"Oh, yakah? Awak ada jumpa Megan Fox tak?" tanya cikgu Dhani lagi. "Megan Fox? Siapa tu cikgu? Anak Presiden Amerika ka?" Huzaifah kelihatan tertanya-tanya. "Hahaha, kau ni, pergi je ke Amerika. Tapi tak kenal dia. Dia tu lah yang berlakon dalam filem Transformer. Alamak kau ni!" Ruben bantu menjawab pertanyaannya. Dan seluruh kelas pecah dengan tawa sekali lagi.
"Okey, okey. Cukup dengan canda tu semua. Ni, cikgu nak pulangkan kertas jawapan subjek Matematik Tambahan kamu," Cikgu Dhani meleraikan tawa mereka yang tak henti itu.
"Ameer, 85," nama dan markah Ameer disebut Cikgu Dhani setelah menyebut beberapa nama sebelumnya. Ameer bangun dan mengambil kertas jawapannya daripada Cikgu Dhani.
"Rafi, 70," sebutnya lagi. Rafi tersentak sebentar mendengar markahnya. Lama dia kaku di tempat duduk sebelum Cikgu Dhani sekali lagi menyebut namanya. "Rafi, markah awak turun dengan mendadak kali ni. Awak, ada masalah kah?" Rafi menggeleng dan terus berpaling menuju ke tempat duduknya. Sebelum ini, markah Matematik Tambahannya adalah 89 peratus dan mendapat hanya 70 peratus sahaja untuk ujian kali ini satu tamparan hebat untuknya.
"Kenapa aku boleh dapat markah macam ni? Aku dah belajar betul-betul kot! Kenapa budak tu pulak boleh dapat tinggi daripada aku punya?" gumamnya dalam hati. Budak yang dimaksudkannya itu ialah Ameer. Dia menjeling tajam ke arah Ameer yang sedang sibuk melayan pertanyaan kawan-kawannya tentang jawapan untuk soalan dalam kertas peperiksaan Matematik Tambahan itu tadi.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment