Islamic calendar

Sunday 28 April 2013

Gwiyomi

Pada petang itu, Nana berasa malas hendak makan di luar. Dia makan tengahari di kafe Universiti Kampung Lama. Semestinya makan di luar lebih murah daripada makan di kafe. Tetapi malas punya fasal, habis duit pun tak apa.

Dia memesan Vanilla Latte dan Spaghetti ala Bintulu. Setelah memesan makanannya, dia melihat-lihat suasana sekeliling. Lengang. Tetapi dia terlihat seseorang. Humaira. Dia yang sudah duduk di salah sebuah kerusi di kafe itu, terus berdiri dan pindah ke tempat di mana Humaira duduk.

"Ehem, Ehem. Assalamualaikum," dia menyapa Humaira. Humaira yang dalam posisi duduk mendongak untuk memandang Nana  yang masih berdiri.

"Waalaikumsalam," jawabnya sambil mendongak. "Eh, Nana."

"Boleh saya duduk sini? Takda geng nak duduk," request Nana.

"Of course. Duduklah. Kesian Nana," Humaira membenarkannya duduk di situ. Humaira tengah sibuk menekan papan kekunci laptopnya. Nana pula diam saja, tak tahu nak buat apa. Tak lama kemudian pesanan makanannya pun sampai. Hmmmm sungguh menyelerakan.

"Nana makan dulu eh," kata Nana.

"Hmm," jawab Humaira mengiyakan.

"Humairah tak makan ke?" tanya Nana yang melihat cuma ada minuman di hadapannya.

"Tak. Minum je," sambil mengangkat gelas minumannya untuk ditunjukkan kepada Nana.

"Mairah dah famous ek sekarang?" Nana senyum.

"Famous? Apesal pulak?" Humaira bertanya sambil senyum. Sebenarnya dia sudah agak terkenal di universiti tersebut setelah menghasilkan video parodi gwiyomi yang dibintangi oleh dirinya sendiri.

Humaira gadis seorang gadis yang bertudung. Lebih spesifik lagi, bertudung jenis shawl lilit. Comel je dia. Sebab itulah video parodinya yang dimuatnaik di Youtube dimain ulang sehingga puluhan ribu kali. Gadis berhijab yang ber'gwiyomi' memang disukai ramai.

"Eleh, sebab gwiyomi tu lah kan," usik Nana. Humaira senyum je.

"Mairah, Nana nak tanya ni. Antara diamond yang disimpan dalam kaca yang masih boleh dilihat orang ramai dan diamond yang disimpan dalam tempat khas yang hanya boleh dilihat oleh orang-orang yang istimewa sahaja, yang mana lebih special?," tanya Nana setelah menghabiskan Spaghetti ala Bintulunya.

"Mestilah diamond yang disimpan dalam tempat khas tu," jawab Humairah yang sudah mula memandang Nana disebalik laptopnya. Dari tadi dia asyik menghadap laptopnya sehingga tidak kelihatan wajah Nana. Agak aneh pertanyaan Nana.

"Macam tu lah juga wanita solehah, Mairah. Sebenarnya saya tak setuju sangat awak buat video gwiyomi tu," tegur Nana straight to the point.

"Eh, awak ni kenapa pulak tiba-tiba je. Iyalah. Taulah dalam video tu saya buat aksi cute kan, tapi tak la sampai saya tak jaga maruah saya," suara Humaira agak meninggi.

"Macam yang saya beri perumpamaan tadilah, 'yang dapat dilihat semua orang' kurang specialnya dari 'yang tersimpan rapi dan dilihat orang-orang yang istimewa sahaja'. Kita takleh nak murah sangat menunjukkan ke'cute'an kita kat laki lain. Cukuplah kat pasangan halal dan mahram kita je." jelas Nana.

"Whateveh," jawab Humaira acuh tak acuh.

"Saya cakap ni, sebab saya sayang kat awak. Awak tu cantik. Saya kesian tengok kecantikan awak senang-senang je dilihat oleh lelaki lain. Kita orang Islam. Kita kena bangga dengan identiti muslimah kita yang pemalu. Kenapa harus ikut kpop tu semua?" jelas Nana lagi dengan nada suara seperti ibu menasihati anaknya. Humaira diam. Nampaknya agak terkesan dengan kata-kata Nana.

"Okeylah, saya balik rumah dulu. Assalamualaikum," Nana meninggalkannya bersendirian. Humairah bukanlah teman rapatnya untuk dia menegurnya sampai begitu sekali. Tetapi dia tidak sanggup melihat muslimah-muslimah sekarang yang senang-senang sahaja memperlihatkan kecantikan dan keayuan mereka kepada laki lain. Murahnya.

Setelah sampai di rumah, handphone Nana berbunyi tanda sms masuk.

Nana. Thx. Really appreciate it
~Mairah

*mahram: orang yang lawan jenis yang haram selamanya atau sementara untuk dinikahi



p/s bukan hanya gwiyomi, tapi dalam pergaulan sehari-hari kita juga kena jaga identiti kita sebagai muslim. Tazkirah lebih ditujukan untuk yang menulis....

Surabaya

Saturday 6 April 2013

Kaloi Kesayangan

Ikan Kaloi ya. Mun sik salah dah dua tahun dah masa berlalu dari kali pertama bapak intai keberedaannya di  Sungai Sebiew. Pelik. Ikan kaloi ne ada tinggal kat sungai macam ya. Ikan kaloi kan mahal. Sebab yalah Bapak tertarik dengan kaloi ya masa nya berenang kat sunge dibah rumah.

Dolok gik ingat waktu bapak pasang jaring sekeliling ikan kaloi. Eran juak nangga bapak dolok. Kenak la bapak tok tunggang tunggit tepi sunge. Duhal tek nya mok tangkap ikan kaloi ya. Kecik ada jak ikan ya masa mula-mula ditangkap dolok. Ada la 1/3 kecik telapak tangan. Cute jak rupanya.

Kakya mekrang engkah nya dalam aquarium. Makin lamak makin besar. Aktif juak si kaloi kesayangan bapak ya. Bila orang engkah tangan dekat akuarium, adalah nya kepong tangan ya. Apa agik mun nangga sidak nembiak berlari-lari depan akuarium ya. Suk la dirik nya berenang-renang ekot rentak sidak nembiak. Kesian juak nangga nya sekda pasangan kat dalam akuarium ya. Sorang-sorang jak nya. Tapi nya happy. Sampe masa aku pegi Surabaya pun besar nya udah besar sampe duak kali tapak tangan. Sedih mok tinggalkan si Kaloi ya. Rindu ngan makhluk Allah yang selalu menghiburkan keluarga.

Dua tiga hari lepas kakak madah, si Kaloi dah sik sehat. Dah sik seceria dolok. Dah sik seaktif nembiak di rumah. Badannya mengiring jak dalam akuarium ya. Kakya dah bertukar warna merah juak. Merah lalu rupa badannya. Aku yang berada beratus batu jauh tok dah rasa sedihnya macam ya.

Akhirnya, 2 April 2013 riya, Allah ambik balit si Kaloi dari kamek orang. And, my father.....
He cried. Kakak madah meleleh aek mata bapak. Sedih bila dengar bapak sedih.


Tok la si Kaloi yang udah jadi sebahagian dari hidup kamek orang.

Bayangkan, hidup seekor Kaloi jak Allah ciptakan amat bermakna untuk manusia. Apa gik manusia ya kedirik. Kaloi sekpa, mati masuk syurga. Tinggal kita tok agik, maok atau sik jak ikut perangai kaloi sebagai makhluk Allah yang patuh.

Si Kaloi dah buktikan yang kematiannya telah ditangisi dengan berbakti untuk manusia. Yalah pelajaran untuk kita. Bukannya disenangi kerana telah menyusahkan manusia

Terima kaseh Kaloi sebab dah hiburkan hati bapak kamek, semoga bertemu di Jannah kelak :')

Friday 5 April 2013

Handphone Android Yang Dibanggakan

Dua tiga hari lepas, aku ada diberi pengisian or some sort of ceramah from sorang kakak tok.
Benda yang melekat dalam otak aku adalah slot ('izzah dengan Islam). Okay wait! Izzah ya bukan nama orang. Maksud Izzah ya adalah bangga

Well, mun kita rasa kita muslim, sejauh ne kita bangga dengan title ya? Bena ka kita bangga? Atau benar ka kita izzah sebenar-benar izzah ya? Atau kita sik tauk sebenanya kenak kita bangga dengan Islam?
PERNAH SIK TERFIKIR KE SIA?

Dalam slot ya, kakak ya tanyak. KENAK KITA SIK BANGGA DENGAN ISLAM?
(I think most of Muslim now isn't proud to be Muslim)

Jawapannya. Simple jak. Sebab kita sik tauk bena-bena macam ne Islam ya sendirik. Yang kita tauk bila dengar agama Islam, akan terbayang simbol-simbol ibadah jak. Solat, puasa, haji, halal, haram, masjid, pake tudung dan lain-lain. KAN?

Contoh. Kita ada handphone android. Bangga sik pake handphone ya? (of course la bangga)  Kenak bangga? Handphone jak kan? Well, android tok macam-macam ada. Boleh instagram, whatsapp, facebook, main game angrybird dan lain-lain. Bak kata orang 'keren banget sih'.
Bila kita dah tauk android tok 'macam-macam ada', genti kita mok promote kat orang nak? Lebih-lebih gik whatsapp ya. Mun semua ada Whatsapp ya nang jimat lalu la kredit kita.

Kita sebagai muslim seharusnya macam ya! Tapi, biasalah pe'el manusia tok. Bila benda dah ada, selalu di sia-siakan.

Mungkin kita tangga sejarah Islam ya hanya dengan mata, bukan dengan hati. Well, ikut pengalaman aku lah. Bila dengar tentang Ibnu Sina masa gik darjah dolok, i was like this..

Muka sekda perasaan..
.. tapi sebenarnya, Ibnu Sina ya adalah pencetus terciptanya alat-alat perubatan sekarang. Hello! It wasn't the americans okey. Sidak ya nampak cool jak belakon dalam cerita CSI, House and cerita doctor-doctor yang lain, tapi sebenarnya ya semua berasaskan dari orang Islam juak!

Sebenarnya aku tok pun agik juak belajar tentang Islam. Sebab aku rasa 18 tahun aku hidup, macam sia-sia jak gelaran muslim ya. So, sekarang mok tebus usia aku ya. Ajuh, jadilah orang yang bangga akan agama Allah :D