Dia memesan Vanilla Latte dan Spaghetti ala Bintulu. Setelah memesan makanannya, dia melihat-lihat suasana sekeliling. Lengang. Tetapi dia terlihat seseorang. Humaira. Dia yang sudah duduk di salah sebuah kerusi di kafe itu, terus berdiri dan pindah ke tempat di mana Humaira duduk.
"Ehem, Ehem. Assalamualaikum," dia menyapa Humaira. Humaira yang dalam posisi duduk mendongak untuk memandang Nana yang masih berdiri.
"Waalaikumsalam," jawabnya sambil mendongak. "Eh, Nana."
"Boleh saya duduk sini? Takda geng nak duduk," request Nana.
"Of course. Duduklah. Kesian Nana," Humaira membenarkannya duduk di situ. Humaira tengah sibuk menekan papan kekunci laptopnya. Nana pula diam saja, tak tahu nak buat apa. Tak lama kemudian pesanan makanannya pun sampai. Hmmmm sungguh menyelerakan.
"Nana makan dulu eh," kata Nana.
"Hmm," jawab Humaira mengiyakan.
"Humairah tak makan ke?" tanya Nana yang melihat cuma ada minuman di hadapannya.
"Tak. Minum je," sambil mengangkat gelas minumannya untuk ditunjukkan kepada Nana.
"Mairah dah famous ek sekarang?" Nana senyum.
"Famous? Apesal pulak?" Humaira bertanya sambil senyum. Sebenarnya dia sudah agak terkenal di universiti tersebut setelah menghasilkan video parodi gwiyomi yang dibintangi oleh dirinya sendiri.
Humaira gadis seorang gadis yang bertudung. Lebih spesifik lagi, bertudung jenis shawl lilit. Comel je dia. Sebab itulah video parodinya yang dimuatnaik di Youtube dimain ulang sehingga puluhan ribu kali. Gadis berhijab yang ber'gwiyomi' memang disukai ramai.
"Eleh, sebab gwiyomi tu lah kan," usik Nana. Humaira senyum je.
"Mairah, Nana nak tanya ni. Antara diamond yang disimpan dalam kaca yang masih boleh dilihat orang ramai dan diamond yang disimpan dalam tempat khas yang hanya boleh dilihat oleh orang-orang yang istimewa sahaja, yang mana lebih special?," tanya Nana setelah menghabiskan Spaghetti ala Bintulunya.
"Mestilah diamond yang disimpan dalam tempat khas tu," jawab Humairah yang sudah mula memandang Nana disebalik laptopnya. Dari tadi dia asyik menghadap laptopnya sehingga tidak kelihatan wajah Nana. Agak aneh pertanyaan Nana.
"Macam tu lah juga wanita solehah, Mairah. Sebenarnya saya tak setuju sangat awak buat video gwiyomi tu," tegur Nana straight to the point.
"Eh, awak ni kenapa pulak tiba-tiba je. Iyalah. Taulah dalam video tu saya buat aksi cute kan, tapi tak la sampai saya tak jaga maruah saya," suara Humaira agak meninggi.
"Macam yang saya beri perumpamaan tadilah, 'yang dapat dilihat semua orang' kurang specialnya dari 'yang tersimpan rapi dan dilihat orang-orang yang istimewa sahaja'. Kita takleh nak murah sangat menunjukkan ke'cute'an kita kat laki lain. Cukuplah kat pasangan halal dan mahram kita je." jelas Nana.
"Whateveh," jawab Humaira acuh tak acuh.
"Saya cakap ni, sebab saya sayang kat awak. Awak tu cantik. Saya kesian tengok kecantikan awak senang-senang je dilihat oleh lelaki lain. Kita orang Islam. Kita kena bangga dengan identiti muslimah kita yang pemalu. Kenapa harus ikut kpop tu semua?" jelas Nana lagi dengan nada suara seperti ibu menasihati anaknya. Humaira diam. Nampaknya agak terkesan dengan kata-kata Nana.
"Okeylah, saya balik rumah dulu. Assalamualaikum," Nana meninggalkannya bersendirian. Humairah bukanlah teman rapatnya untuk dia menegurnya sampai begitu sekali. Tetapi dia tidak sanggup melihat muslimah-muslimah sekarang yang senang-senang sahaja memperlihatkan kecantikan dan keayuan mereka kepada laki lain. Murahnya.
Setelah sampai di rumah, handphone Nana berbunyi tanda sms masuk.
Nana. Thx. Really appreciate it
~Mairah
*mahram: orang yang lawan jenis yang haram selamanya atau sementara untuk dinikahi
p/s bukan hanya gwiyomi, tapi dalam pergaulan sehari-hari kita juga kena jaga identiti kita sebagai muslim. Tazkirah lebih ditujukan untuk yang menulis....
Surabaya
No comments:
Post a Comment