Islamic calendar

Friday 23 August 2013

Boycott Punya Kesah

Suatu petang di supermarket. Mak carik kiub pati tomyam. Jadi nya ambik lah jenama Maggie

Aku: Jenama Maggie tok sekda kat endon mak.

Mak: Benala? Ko mok embak tok pake bekal sinun ka?

Aku: Sik mak. Kamek sik makan Maggie (tapi mun orang dah beli makan jak...)

Mak: Kenak?

Aku: Boycott..

Mak: Maggie boycott la?

Aku: Aok. Nya produk nestle..

Mak: Eh aok. Carik nok jenama Knorr jak la..

:D

English translation

One evening in the supermarket. My mom try to find a tomyam essence cube (thai traditional soup). So, she grabbed the Maggie.

Me: Indonesia don't have this.

Mom: Do you want to bring this there?

Me: No. I don't eat Maggie. (well, I eat it if it has been bought for me....)

Mom: Why?

Me: It's boycotted.

Mom: It is really a boycotted stuff, isn't it?

Me: Yes Mom. It's Nestle's product

Mom: Oh Okey. We'll by Knorr's then.

-Bintulu

Tuesday 20 August 2013

Terjemahan: Kejayaan Berpunca daripada Kebergantungan Terhadap Tuhan (Taqwa)

"Assalamualaikum. Saya adalah Rayan Arab sedang membuat rakaman untuk The Daily Reminder. Sebahagian daripada kita tersesat jalan, sebahagian daripada kita bercakap, sebahagian daripada kita berjalan dan sebahagian daripada kita adalah semuanya. Kita ada kuasa dari dalam diri kita sendiri, tapi kita banyak membuang waktu untuk cuba mengambil kuasa dari luar.

Biar saya beri contoh. Pernahkah anda melihat seseorang... cuba untuk membaca buku dan apabila dia sedang membacanya dia tersedar bahawa dia tidak memakai cermin mata. Jadi, dia mencari cermin matanya di semua tempat tetapi dia gagal menemukannya. Dia menyerah dan menyimpan bukunya. Setelah itu, dia terjumpa cermin matanya bersangkut di atas kepala. Selama ini, cermin mata tersebut terletak di atas kepalanya. Sama juga dengan kita menghabiskan masa mencari kekuatan dari luar apabila kita sendiri sudah ada kekuatan tersebut. Kita semua mahu meraih kejayaan. Anda mahu sukses dan saya mahu sukses. Rakan anda mahu sukses. Kita semua mahu sukses! Tapi kita masih mengatakan kita tidak mempunyai kekuatan. Kita semua sebenarnya mempunyai kekuatan itu! Tetapi kita malas mengambil masa untuk mencarinya.

Anda kenal Nabi Daud as. Nabi Daud adalah orang yang berjaya. Biar saya ceritakan serba sedikit bagaimana baginda boleh berjaya. Pada zaman Nabi Daud terdapat banyak peperangan. Baginda pergi berperang melawan musuh secara berterusan. Masalah yang dihadapi adalah senjata peperangan sangat berat. Senjata baginda sangat berat untuk dibawa. Jadi pada suatu hari dia duduk dan mencari buah fikiran untuk masalah ini. Lalu baginda menemui sekeping besi kalis karat di lantai. Baginda memegang besi tersebut lalu ia melebur seperti getah. Ia melebur seperti getah. Allah Azza wa jal berfirman ".. dan Kami telah melunakkan besi untuknya." [As-Saba': 10]

Nabi Daud mengambil besi tersebut dan mencipta senjata-senjata. Baginda memotongnya menjadi potongan kecil dan mereka senjata. Baginda memberikan senjata-senjata itu untuk askar-askarnya. Askarnya menggunakan senjata tersebut dan mereka menang terhadap musuh, dan ia berterusan berlaku. Baginda mula mereka senjata-senjata itu dan terus menang. Baginda menjadi sangat berjaya. Malah, baginda menjadi raja. Inilah kejayaan. Inilah orang yang berjaya.

Bagaimana Nabi Daud dapat meraih kejayaan ini? Pertama: baginda menjumpai kekuatan itu di dalam dirinya sendiri. Baginda tidak menjelajah ke Russia, dan membawa senjata yang paling canggih. Tidak. Baginda kekal di tempatnya dan menemui kekuatan itu terbentang di hadapannya.

Kedua: dengan Taqwallah. Baginda bertaqwa kepada Allah... kerana itu, dia menjumpai kekuatan dari dalam.

Diterjemahkan daripada video di bawah


Monday 12 August 2013

Camera DSLR Takda Nilainya Lagi


Sering rasa tak syukur, sering lupa diri
Nikmat itu untuk semua telah memadai
Kita tak tahu, wujudnya esok hari
Hingga lupa untuk menikmati apa yang telah diberi
(formal)

Jika family semua dah di sisi
Camera DSLR tak da nilainya lagi
Camera compact pun mencukupi
Untuk snap gambar family yang comel lagi happy :D
(informal)

Selamat Menyambut Hari Kemenangan