Islamic calendar

Wednesday 20 February 2013

Kita Bukanlah Sesiapa #2

***

Setelah kelas Matematik Tambahan adalah kelas Bahasa Inggeris untuk kelas 4C. Seperti biasa. Rafi mendapat markah yang tertinggi untuk peperiksaan subjek Bahasa Inggeris kali ini. Tapi, kenyataan yang markah Matematik Tambahannya lebih rendah daripada Ameer masih mengusik fikirannya.

Sekarang adalah waktu rehat. Kebanyakan pelajar menyerbu kantin kerana rata-ratanya tidak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Sudah tentulah kerja pembetulan untuk subjek Matematik Tambahan tadi membuatkan otak mereka tepu dan melaparkan perut.

Rafi masih di situ. Tidak puas hati. Kerja pembetulannya sudah beres. Rupanya dia banyak membuat 'careless mistake'. Dia merasa seperti ingin mengetuk kepalanya sendiri kerana membuat kesalahan yang sepatutnya tidak berlaku seperti itu.

"Rafi," panggil Ameer. "Apa kau nak?" jawabnya dingin. "Amboi, kenapa kau ni? Ada masalah kah? Ceciter," Ameer hairan melihat kelakuan Rafi seperti itu. "Cakap sajalah apa kau nak? Lepas tu jangan ganggu aku," bentak Rafi.

"Okey, okey. Maaflah. Ni, aku nak ajak kau pergi program 'Jom Jadi Bintang bersama Ustaz Mikail'. Ustaz tu selalu masuk tv tahu. Aktivitinya adalah main futsal di Kampung Baru Park. Pergi tau. Banyak kawan dan..."

"Cukup. Tu saja kan info penting untuk aku? Aku malas nak dengar lebih. Bye," Rafi pergi meninggalkan tempat duduknya. Dia meluat melihat Ameer yang kelihatan 'alim' itu. Sebelum ini, Ameer memang selalu mengajaknya je program seperti itu.

Dia ingin menuju ke kantin. Tapi terserepak dengan Yusuf. "Rafi," panggil Yusuf. "Ha?" kata Rafi tanda bertanya apa yang ingin dikatakan Yusuf. "Ada tak Ameer bagi tahu tentang program tu?" tanya Yusuf. Darah Rafi terasa seperti menyirap bila mendengar nama Ameer. "Ameer lagi," kata Rafi sambil menggetap gigi kerana geram.

"Kau ni kenapa?" Yusuf hairan melihat kawan baiknya itu kerana setahunya, Rafi tidak pernah ada masalah dengan Ameer. Dia membiarkan sahaja reaksi Rafi lalu menyambung katanya "Kali ni kau mesti ikut. Kau kena teman aku. Aku nak main futsal dan jumpa ustaz tu. Ustaz tu kan terkenal. Lawak pula tu. Tolonglah"

Rafi serba salah.

Bersambung...


KITA BUKANLAH SESIAPA #1 | KITA BUKANLAH SESIAPA #3

Tuesday 19 February 2013

Kita Bukanlah Sesiapa #1

Hari itu adalah hari Isnin, hari pertama persekolahan setelah cuti dua minggu untuk Semester 1. Suasana di kelas 4 C agak riuh kerana masing-masing menceritakan pengalaman sewaktu cuti mereka. Apa tidaknya, ada yang pergi melancong ke Hollywood, Istanbul, Bangkok, Holland, London dan tidak ketinggalan tempat pelancongam dalam negeri. Ya, mereka ini memang suka mengembara. Setelah itu, mulalah memuat naik gambar-gambar percutian mereka ke lama sosial seperti Facebook dan tidak lupa, Instagram. Itulah kebiasaan anak muda kini. Bahkan ada yang baru berumur 15 tahun sudah pun menunjukkan kemewahan mereka dalam laman sosial tadi seperti mengambil gambar ketika makan di restoran-restoran mahal. Contohnya di Secret Recipe, KFC, McDonald dan seangkatan dengannya. Tetapi, yang digunakan untuk berkunjung ke tempat tersebut adalah masih duit orang tua atau duit biasiswa serta pinjaman untuk mahasiswa. Apalah nak di kata. Bermegah-megah dengan benda yang bukan titik peluh sendiri? (teguran untuk penulis sendiri)

Tidak berapa lama kemudian, Cikgu Dhani pun masuk. Pelajar mengucap selamat seperti biasa dan semua dipersilakan duduk.

"Okey, macam mana cuti kamu semua? Seronok tak? Cikgu dengar ada yang sampai ke Hollywood? Wah, hebat ya," Cikgu Dhani memulakan bicara. "Bolehlah seronok cikgu. Tapi, orang kat sana seksi sangat. Tak sanggup saya nak tengok," jawab Huzaifah, pelajar yang dimaksudkan cikgu Dhani tadi. Semua orang tergelak mendengarnya.

"Oh, yakah? Awak ada jumpa Megan Fox tak?" tanya cikgu Dhani lagi. "Megan Fox? Siapa tu cikgu? Anak Presiden Amerika ka?" Huzaifah kelihatan tertanya-tanya. "Hahaha, kau ni, pergi je ke Amerika. Tapi tak kenal dia. Dia tu lah yang berlakon dalam filem Transformer. Alamak kau ni!" Ruben bantu menjawab pertanyaannya. Dan seluruh kelas pecah dengan tawa sekali lagi.

"Okey, okey. Cukup dengan canda tu semua. Ni, cikgu nak pulangkan kertas jawapan subjek Matematik Tambahan kamu," Cikgu Dhani meleraikan tawa mereka yang tak henti itu.

"Ameer, 85," nama dan markah Ameer disebut Cikgu Dhani setelah menyebut beberapa nama sebelumnya. Ameer bangun dan mengambil kertas jawapannya daripada Cikgu Dhani.

"Rafi, 70," sebutnya lagi. Rafi tersentak sebentar mendengar markahnya. Lama dia kaku di tempat duduk sebelum Cikgu Dhani sekali lagi menyebut namanya. "Rafi, markah awak turun dengan mendadak kali ni. Awak, ada masalah kah?" Rafi menggeleng dan terus berpaling menuju ke tempat duduknya. Sebelum ini, markah Matematik Tambahannya adalah 89 peratus dan mendapat hanya 70 peratus sahaja untuk ujian kali ini satu tamparan hebat untuknya.

"Kenapa aku boleh dapat markah macam ni? Aku dah belajar betul-betul kot! Kenapa budak tu pulak boleh dapat tinggi daripada aku punya?" gumamnya dalam hati. Budak yang dimaksudkannya itu ialah Ameer. Dia menjeling tajam ke arah Ameer yang sedang sibuk melayan pertanyaan kawan-kawannya tentang jawapan untuk soalan dalam kertas peperiksaan Matematik Tambahan itu tadi.

Bersambung...



Monday 4 February 2013

Punyalah Kurang AjiNoMoto #4 Last

Saadah: Lekak ya?

Tipah: Aku sik tauk la mok molah pa..

Saadah: Eleh, kau tok. Muka gaok, tapi dalam hati ada taman. Wahahaha

Tipah: Wey, lak aku mukak silat Cempaka Puteh Langkah Sumbang baruk tauk.

Saadah: Okey Okey. Sory pok. Sebelum gigi depan aku ilang entam silat ko ya, tok aku nak madah sikit ngan kau.

Tipah: Apa?

Saadah: Walaupun aku tok bukan la ustazah bertauliah dari Masjid Asyakirin, walaupun aku sik masok Ustazah Pilihan, walaupun aku bukan pendakwah retis cam Heliza Helmi, walaupun...

Tipah: Walaupun kau bukan makcik sebelah umah aku! Cakapla cepat! Walaupun.. Walaupun..

Saadah: Let me finished! Walaupun aku kawan kau yang selalu molah salah ngan kau. Harap ko mok dengar  la nasihat dari aku. Kita tok eyh, sik boleh mok harapkan orang lain akan buat bait ngan kita walaupun kita udah bait gilak ngan orang ya. Tapi...

Tipah: Apa tapi tapi?

Saadah: Kita boleh harapkan Allah balas kebaikan kita dengan lebih baik gik. Kita tok manusia bah. Semua molah salah. And mun kita rasa benda ya sik betol, boleh kita tegur. Tapi boh main langgar terus. Pelan-pelan la tegur orang. Mungkinnya sik tauk ya silap nya. Yala dalam kita bertolak ansur ngan orang, kita jangan abaikan hak kita. Kita mesti berani menyatakan hak kita. Ya baruk nunjuk kita tok takut ngan Allah atau takut ngan manusia. Walaupun aku salu tewas takut an manusia. hehehe. Tapi at least kita improve kan?

Tipah: Owh (sambil mengangguk-angguk macam dengar Ceramah Perdana Hal Ehwal Islam jak)

Saadah: Skema ko tok aih! Baruk dengar nasihat sikit, udah angguk-angguk cemya. Anyway, trima kaseh kerana telah sudi mendengarkannya.

Tipah: Saadah, aku mok madah something tok. Tadik ko da madah nak mun mok tegur orang ya pelan-pelan. Tok aku madah pelan-pelan tok (dengan nada yang pelan-pelan)

Saadah: Mmm (sambil minum aek colanya)

Tipah: Aku mok madah yang kau dah selalu terlebih pake kredit aku mun mok sms orang (meransak Saadah dengar ya)

Saadah: Oh yaka? Err..

-TAMMAT-


Friday 1 February 2013

Cuti Sem 1 di Lamongan

Ari Selasa ariya aku gi Wisata Lamongan Bahari (WBL) or Lamongan Marine Tourism dengan geng-geng dari Malaysia n Indonesia :D .
2 jam jak perjalanan dari Surabaya
Mula-mula ya sik mok ekot geng sebab pokai tek nak? Tapi da geng dari Makasar belanja transport, apa gik? Join jak la

Mekrang nait keta besar cam Pajero ya gi sia


Ketam terbesar di dunia ada di Lamongan hehe




Bioskop 3D
Kurang feeling aku. Orang len da teriak-teriak jak kotan ran nyawa nangga skrin ya tek nang kedak rasa nait roller coaster. Aku gik rasa macam nangga tv. Camne ya?


Aku nang sikpat berenti tetak masuk benda tok. Lawak sebab menakutkan dirik sendirik.




Kesian pusak-pusak lam rumah kucing tok dikurung. Nang sik aktif alu pusak-pusak sitok.


Lepas nait benda tok aku rasa nak muntah. Haha.


Benda-benda camtok nang aku sik nait. Takut abis. Adeh..


Okeyhh
Tercapai juak impian mok memanah. Alhamdulillah
Walaupun dalam lima anak panah sigek jak pacak.


Dalam banyak-banyak benda nok bes n extreme nok dipolah kat WBL tok, sekda yang dapat lawan  keindahan ciptaan Allah. I'm speechless bila berdiri kat sitok. Memang roller coaster or tempat untuk flying fox ya boleh dicipta di sitok, tapi laut seluas tok sikkan dapat dicipta oleh manusia.
Nok depan ya batu kodok sebab upanya kedak katak.