Islamic calendar

Friday, 22 August 2014

Hari Perkabungan Malaysia (Self Reflection)

Hari tok Hari Perkabungan untuk seluruh Malaysia sempena sampainya jenazah penumpang pesawat MH17 yang ditembah jatuh  17 Julai 2014 riya di bulan posa rya di KLIA

Rasa luak luai (loya) aku bila nangga upacara pengebumian sidak jenazah tek. Apa agik ada beberapa orang pemilik jenazah ya dekat juak ngan orangg Bintulu tok sendirik.

Subhanallah, kepulangan sidak walaupun sebagai jenazah sangat dihormati oleh negara. Jenazah sidak disambut dengan penuh adat istiadat oleh tentera dan diiring macam acara yang rasmi ke tempat perkebumian masing-masing. Dah la aku tengah molah keja depan tv. Mok tukar channel lain sik dapat. Nang nahan sebak ajak rasa.

Kakya aku terfikir, macam ne ka ngan aku lak. Saat roh aku tercabut dari jasad, apa ka yang aku tengah polah waktu ya. Adakah aku sedang menyakiti ati orang lain, atau aku tengah ada hutang, atau aku ada tangungjawab yang aku belum tunaikan kat orang gik. Aku antara takut ngan nahan sebak. Apa jak la aku dah buat untuk family aku yang dah banyak berkorban untuk aku. Aku tauk aku banyak sakitkan hati orang, selalu lupak mun berjanji ngan orang, banyak hutang ngan orang, hutang budi, hutang harta, belom mintak maaf kat orang yang aku sakiti. Aku takut semua kesalahan aku ya akan buat timbangan dosa aku lebih berat dari amalan bait nok aku polah.

Tok dah mok berangkat ke Surabaya gik makin sendu rasa nyawa aku. Aku selalu lost temper ngan dak anak buah, masam muka depan orang tua, malas mun bekerja ngan orang, sik tunaikan mun ada undangan hari raya atau kenduri kawen.

Aku sik mintak untuk dihormati macam sidak yang dah pergi tok tek mun aku dah sekda lak. Aku harap mun aku pergi lak, kitak orang maafkan aku, tutup aib aku dan lupakan benda yang sik berfaedah yang aku dah polah untuk kitak orang.


Akhlak aku sik seindah pelangi, so aku harap maafkanlah aku, dan lupakanlah aib ku, mun boleh belajarlah dari kesilapan aku, Aku sik tauk bila masa aku tiba, tapi aku takut masa ya datang sekarang.

Saturday, 16 August 2014

Projek 1: Palestine Bottle Cap Badge (August 14)

Tok projek aku waktu balit cuti sem sekarang..




Macam penutup botol sik upanya? Ya namanya bottle cap. Sebulan-bulan posa riya, Gaza kenak serang oleh Israel laknatullah. So, aku mk tolong lah usaha membebaskan Palestin dengan usaha kecik aku jual badge tok. Aku sikpat mok ekot sidak berperang d sinun, tapi dapatlah boycott sikit-sikit barang dak Israel laknatullah ya ngan jual benda tok and sebahagian keuntungannya disumbangkan kepada Aqsa Syarif

Badge tok RM 3.50 sigek. RM 1 dari setiap pembelian disumbangkan kepada Aqsa Syarif. Mun mok order leh pegi instagram aku @ika_saharman.

Semoga usaha aku tok Allah kira sebagai pemberat untuk timbangan pahala aku kat akhirat lak dan dapat tolong dak Palestin tercinta.

Saturday, 2 August 2014

Eid Mubarak

Sebulan dah berlalu. Puasa? Macam rasa kosong. Tapi raya sakan macam udah do the best untuk puasa.

Selamat Hari Raya. Semoga Tuhan sayang dengan semua.