Islamic calendar

Sunday, 29 December 2013

Favorite video #1

Assalamualaikum,

Ika mok share sigek video tok. Terbaek dari ladang...

LAYAN..


Monday, 9 September 2013

Mak..

Yah, lamak dah sik update blog. Banyak mok cerita. Tapi rasanya sik perlu mok share. Sik banyak manfaat. Hehe
Sekarang tok aku dah ada kat Surabaya agik
Ariya bulan 7 cuti balit Malaysia. Kakya awal bulan 9 tek datang Surabaya balit. And yeah, rasa cam mimpi jak udah balit Bintulu ariya. Tapi rasa sekejap jak udah abis cuti

Pergi ke Surabaya kali ke-2 tok nang dahsyat eh. Seminggu sebelum mok pergi gik da emo sik tentu pasal. Asal teringat mok balit Surabaya, menget (nangis). Rasa mok madah jak ngan mak 'Mak, kamek sik mok pergi belajar di Surabaya agik. Kamek mok duduk ngan mak jak. Sik mok belajar gik.' hehe. Mun juak dapat dipadah giya.

Mungkin sebelum tok aku sik hargai gilak apa yang mak aku dah buat aku.
Mungkin sebelum tok aku boleh dapat apa yang aku maok tanpa rasa pengorbanan keluarga aku.

Then, puasa kali tok tek aku balit. Sik tauk la pahal aku mok tolong kakak aku jaga gerai. Mekrang jual mee jawa, satay ngan kueh-kueh. Dari sia la aku asa cam banyak alu juak keluarga aku korbankan untuk aku. 
Sik lamak kakya aku keja jaga butik ngan bos lamak aku. Kan posa, jadi malas la aku mok jalan kaki balit rumah. Bapak aku sik kesah jak mok ambik anta aku pake moto legend nya ya. And masa cuti kali tok tek, bapak langsung sekda marah an aku. Mungkin sebab nya rindu gilak bah. Anak bongsu. Nok lain semua dah kawen. Tinggal aku jak pake hibur ati.

So, kali tok tek benar-benar rasa..... rasa mok duk jak dengan mak bapak. Sik mok pegi sine-sine. Tok tek esok sebelom mok fly, mak bjaga malam molah kek lapis ngan sambal pusuk pake aku embak ke Surabaya. Aku nang dah sikpat mok tlongnya, sebak gilak dah nyawa.

Petang ya, aku embak mak ke pantai tanjung batu, kakya shopping sikit. Bila dah balit rumah malam ya, packing-packing sikpat tahan gik. Tunggah mak. Mak masuk bilit nangga aku.

"Pahal ko tek?"

"Mak." Nangis duk sebelah mak.

"Pahal kau? Ko sik mok balit sinun ka?"

"Sik, kamek sikpat berenti nangis"

"Jangan macam ya bah. Kelak-kelak ilang lah ya....."

So, the next day, nangga mata kembang alu cam sikleh bukak. Hah, sik pernah aku rasa sayu macam ya gilak. Rasa dunia tok macam dah berakhir. Sekarang aku dah sem 3. So, ada junior ngan aku sekali. Nasib la sidak sik congek cam aku.

So, untuk sesiapa yang berada di samping mak bapak takrang sekarang, mun malu mok peluk cium mak bapak pun sikpalah, asal jangan lupak mok berdoa akan ketenangan hati sidak.

Friday, 23 August 2013

Boycott Punya Kesah

Suatu petang di supermarket. Mak carik kiub pati tomyam. Jadi nya ambik lah jenama Maggie

Aku: Jenama Maggie tok sekda kat endon mak.

Mak: Benala? Ko mok embak tok pake bekal sinun ka?

Aku: Sik mak. Kamek sik makan Maggie (tapi mun orang dah beli makan jak...)

Mak: Kenak?

Aku: Boycott..

Mak: Maggie boycott la?

Aku: Aok. Nya produk nestle..

Mak: Eh aok. Carik nok jenama Knorr jak la..

:D

English translation

One evening in the supermarket. My mom try to find a tomyam essence cube (thai traditional soup). So, she grabbed the Maggie.

Me: Indonesia don't have this.

Mom: Do you want to bring this there?

Me: No. I don't eat Maggie. (well, I eat it if it has been bought for me....)

Mom: Why?

Me: It's boycotted.

Mom: It is really a boycotted stuff, isn't it?

Me: Yes Mom. It's Nestle's product

Mom: Oh Okey. We'll by Knorr's then.

-Bintulu

Tuesday, 20 August 2013

Terjemahan: Kejayaan Berpunca daripada Kebergantungan Terhadap Tuhan (Taqwa)

"Assalamualaikum. Saya adalah Rayan Arab sedang membuat rakaman untuk The Daily Reminder. Sebahagian daripada kita tersesat jalan, sebahagian daripada kita bercakap, sebahagian daripada kita berjalan dan sebahagian daripada kita adalah semuanya. Kita ada kuasa dari dalam diri kita sendiri, tapi kita banyak membuang waktu untuk cuba mengambil kuasa dari luar.

Biar saya beri contoh. Pernahkah anda melihat seseorang... cuba untuk membaca buku dan apabila dia sedang membacanya dia tersedar bahawa dia tidak memakai cermin mata. Jadi, dia mencari cermin matanya di semua tempat tetapi dia gagal menemukannya. Dia menyerah dan menyimpan bukunya. Setelah itu, dia terjumpa cermin matanya bersangkut di atas kepala. Selama ini, cermin mata tersebut terletak di atas kepalanya. Sama juga dengan kita menghabiskan masa mencari kekuatan dari luar apabila kita sendiri sudah ada kekuatan tersebut. Kita semua mahu meraih kejayaan. Anda mahu sukses dan saya mahu sukses. Rakan anda mahu sukses. Kita semua mahu sukses! Tapi kita masih mengatakan kita tidak mempunyai kekuatan. Kita semua sebenarnya mempunyai kekuatan itu! Tetapi kita malas mengambil masa untuk mencarinya.

Anda kenal Nabi Daud as. Nabi Daud adalah orang yang berjaya. Biar saya ceritakan serba sedikit bagaimana baginda boleh berjaya. Pada zaman Nabi Daud terdapat banyak peperangan. Baginda pergi berperang melawan musuh secara berterusan. Masalah yang dihadapi adalah senjata peperangan sangat berat. Senjata baginda sangat berat untuk dibawa. Jadi pada suatu hari dia duduk dan mencari buah fikiran untuk masalah ini. Lalu baginda menemui sekeping besi kalis karat di lantai. Baginda memegang besi tersebut lalu ia melebur seperti getah. Ia melebur seperti getah. Allah Azza wa jal berfirman ".. dan Kami telah melunakkan besi untuknya." [As-Saba': 10]

Nabi Daud mengambil besi tersebut dan mencipta senjata-senjata. Baginda memotongnya menjadi potongan kecil dan mereka senjata. Baginda memberikan senjata-senjata itu untuk askar-askarnya. Askarnya menggunakan senjata tersebut dan mereka menang terhadap musuh, dan ia berterusan berlaku. Baginda mula mereka senjata-senjata itu dan terus menang. Baginda menjadi sangat berjaya. Malah, baginda menjadi raja. Inilah kejayaan. Inilah orang yang berjaya.

Bagaimana Nabi Daud dapat meraih kejayaan ini? Pertama: baginda menjumpai kekuatan itu di dalam dirinya sendiri. Baginda tidak menjelajah ke Russia, dan membawa senjata yang paling canggih. Tidak. Baginda kekal di tempatnya dan menemui kekuatan itu terbentang di hadapannya.

Kedua: dengan Taqwallah. Baginda bertaqwa kepada Allah... kerana itu, dia menjumpai kekuatan dari dalam.

Diterjemahkan daripada video di bawah


Monday, 12 August 2013

Camera DSLR Takda Nilainya Lagi


Sering rasa tak syukur, sering lupa diri
Nikmat itu untuk semua telah memadai
Kita tak tahu, wujudnya esok hari
Hingga lupa untuk menikmati apa yang telah diberi
(formal)

Jika family semua dah di sisi
Camera DSLR tak da nilainya lagi
Camera compact pun mencukupi
Untuk snap gambar family yang comel lagi happy :D
(informal)

Selamat Menyambut Hari Kemenangan

Sunday, 16 June 2013

Ponek = Kempunan

Pada suatu pagi, Leman n Saleh study sama-sama di rumah nenek sidak. Sidak duak tok kazen.

LEMAN: Saleh, coba ko ajar aku molah soalan addmath tok lok. Alu angol palak aku molah soalan tok. Dah 2 jam dah sik juak jumpa jawapan. Asa mok nangis aku. (molah muka seposen)

SALEH: Merapu jak kau tok. Mok nangis indah. Padah jak malas nak carik jawapan sia. (tangga soalan addmath ya untuk beberapa minit). Owh, senang jak tok. Aku ajar ko molah

Tiba-tiba...

ALLAHUAKBAR... ALLAHUAKBAR..
Azan pun berkumandang

SALEH: Eh, azan udah tok. Semayang lok juh.

LEMAN: Semayang jak ko sia (sengeh-sengeh). Hehe, aku uzur.

SALEH: (facepalm) Apa punya excuse la ya. Haha. Bah juh gi suro nun. Lak terlepas semayang jemaah kita lak.

LEMAN: Aku lom tergerak hati la mok semayang.. Sorrylah bro, pegi jak ko sinun.

SALEH: Pok, tok bukan tergerak ati, atau tergetar ati atau terketuk pintu hati ka apa ka. Tok soal Allah yang suruh and kita mesti molah apa nya suruh.

LEMAN: Lak mun aku sik ikhlas macam ne?

SALEH: Dolok waktu mak ko suh ko sekolah, ko ikhlas ka? Dah la masuk kelas sains gik. Mesti ko rasa berat nak? Tapi sekarang macam ne? Sebab mak ko paksa and ko sik ikhlas la ko jadi orang pande sekarang. Ngan mak ko leh ikut arahan dengan hati yang sik ikhlas, kenak ngan Allah sik boleh? Maka Allah ya lebih penyayang gik daripadaa mak bapak kita terhadap kita. Banyak kerja yang kita mula-mula molah kerana terpaksa tapi lamak-lamak kita rasa senang mok molah. Cayaklah. Ikhlas ya Allah jak tauk, sedangkan diri kita tok gik siktauk bila kita ada rasa ikhlas ya. Mungkin orang yang paling berat semayang la paling ikhlas sebab nya benar-benar mejal diriknya supaya ikut perintah Allah.

LEMAN: (muka seposen gik dengan mata yang bersinar-sinar seperti kucing dalam ceta Shrek ya)

SALEH: Allah dah berik hidayah dengan kita berupa Islamnya kita dari lahir and banyaknya orang Islam di sekeliling kita. Jangan sampe Allah sik mok dulik gik mok berik cahaya hidayahnya kat kita. 'Ponek' lak mok masuk syurga mun sik dapat hidayah (senyum..)

LEMAN: Bah juh. Aku sik mok kau jak masuk syurga. Aku mok juak masuk...

-TAMMAT-

p/s sik lah terlalu extreme mun aku mention sal syurga neraka lam tok coz dunia kita tok kan kejap jak. in the end, we would end up masuk syurga or neraka. sik salah la aku bercerita-cerita tentang syurga sebab aku mok kita sama-sama menempah 'tiket' ke syurga.

Princess Husna

Saturday, 18 May 2013

Kubaca Firman Persaudaraan

this is my favourite sajak so far

KUBACA FIRMAN PERSAUDARAAN
by Salim A. Fillah

ketika kubaca firmanNya, "sungguh tiap mukmin bersaudara"
aku merasa, kadang ukhuwah tak perlu dirisaukan
tak perlu, karena ia hanyalah akibat dari iman

aku ingat pertemuan pertama kita, Akhi (akhawat) sayang
dalam dua detik, dua detik saja
aku telah merasakan perkenalan, bahkan kesepakatan
itulah ruh-ruh kita yang saling sapa, berpeluk mesra
dengan iman yang menyala, mereka telah mufakat
meski lisan belum saling sebut nama, dan tangan belum berjabat

ya, kubaca lagi firmanNya, "sungguh tiap mukmin bersaudara"
aku makin tahu, persaudaraan tak perlu dirisaukan

karena saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh
salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan serasa siksaan
saat pemberian bagai bara api, saat kebaikan justru melukai
aku tahu yang rombang bukan ukhuwah kita
hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau mengerdil
mungkin dua-duanya, mungkin kau saja
tentu terlebih sering, imankulah yang compang-camping

kubaca firman persaudaraan Akhi (akhawat) sayang
dan aku makin tahu, mengapa di kala lain diancamkan;
"para kekasih pada hari itu, sebagian menjadi musuh sebagian yang lain...
kecuali orang-orang yang bertaqwa"