Setelah kelas Matematik Tambahan adalah kelas Bahasa Inggeris untuk kelas 4C. Seperti biasa. Rafi mendapat markah yang tertinggi untuk peperiksaan subjek Bahasa Inggeris kali ini. Tapi, kenyataan yang markah Matematik Tambahannya lebih rendah daripada Ameer masih mengusik fikirannya.
Sekarang adalah waktu rehat. Kebanyakan pelajar menyerbu kantin kerana rata-ratanya tidak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Sudah tentulah kerja pembetulan untuk subjek Matematik Tambahan tadi membuatkan otak mereka tepu dan melaparkan perut.
Rafi masih di situ. Tidak puas hati. Kerja pembetulannya sudah beres. Rupanya dia banyak membuat 'careless mistake'. Dia merasa seperti ingin mengetuk kepalanya sendiri kerana membuat kesalahan yang sepatutnya tidak berlaku seperti itu.
"Rafi," panggil Ameer. "Apa kau nak?" jawabnya dingin. "Amboi, kenapa kau ni? Ada masalah kah? Ceciter," Ameer hairan melihat kelakuan Rafi seperti itu. "Cakap sajalah apa kau nak? Lepas tu jangan ganggu aku," bentak Rafi.
"Okey, okey. Maaflah. Ni, aku nak ajak kau pergi program 'Jom Jadi Bintang bersama Ustaz Mikail'. Ustaz tu selalu masuk tv tahu. Aktivitinya adalah main futsal di Kampung Baru Park. Pergi tau. Banyak kawan dan..."
"Cukup. Tu saja kan info penting untuk aku? Aku malas nak dengar lebih. Bye," Rafi pergi meninggalkan tempat duduknya. Dia meluat melihat Ameer yang kelihatan 'alim' itu. Sebelum ini, Ameer memang selalu mengajaknya je program seperti itu.
Dia ingin menuju ke kantin. Tapi terserepak dengan Yusuf. "Rafi," panggil Yusuf. "Ha?" kata Rafi tanda bertanya apa yang ingin dikatakan Yusuf. "Ada tak Ameer bagi tahu tentang program tu?" tanya Yusuf. Darah Rafi terasa seperti menyirap bila mendengar nama Ameer. "Ameer lagi," kata Rafi sambil menggetap gigi kerana geram.
"Kau ni kenapa?" Yusuf hairan melihat kawan baiknya itu kerana setahunya, Rafi tidak pernah ada masalah dengan Ameer. Dia membiarkan sahaja reaksi Rafi lalu menyambung katanya "Kali ni kau mesti ikut. Kau kena teman aku. Aku nak main futsal dan jumpa ustaz tu. Ustaz tu kan terkenal. Lawak pula tu. Tolonglah"
Rafi serba salah.
Bersambung...
KITA BUKANLAH SESIAPA #1 | KITA BUKANLAH SESIAPA #3