Islamic calendar

Friday, 12 December 2014

Nama Dah Besfren 1#

Wan ngan Hashim ekot geng-geng sidak sama UNIMAS pegi camping kat tepi laut..

Hashim: Ko pahal? Muka menjus sekali jak. (*sambil merenung api dari kayu bakar. Romantik jak upa duk depan ya malam-malam)

Wan: Sekda pa bah.

Hashim: Bulak.. (*senyum singit pipi)

Wan: Ko tok.. Sikpat ku nak napok apa-apa dari kau eh. (*tumbuk bahu Hashim main-main. alu senyum sikit nya tek)

Hashim: Nama dah besfren. *tangan di bahu, mata ke atas, tanda ingga

Wan: Haha.. Sekda pa bah. Angol aku entam biak empuan ya tek. Kurang ajar da jak an aku. Dahla junior. Boleh gik nya marah sebab aku tertinjak nya empun dress. Apa ka kejanya nak make dress di pante tok? (*alu ngerepaknya) Tauk la dirik kacak, tapi boh la rasa kedak anak raja, sampe kenak gigit semut pun nak kamboh.

Hashim: Aih, kenak ko sik marah nya balit? Sak nya tauk diriknya sapa.

Wan: Mun aku anok nya lak, orang lain gik back-up nya. Lak aku alu dicop sik gentleman. Sik mok aku. Diam jak ku tek. Nasib nya empuan. Mun sik udah dirumbak ku mukanya. Muka kacak sik imba ke perange.

Hashim: Sabar Wan Sabar. Haha, lawak juak nangga ko bole ngerepak entam empuan ya. Boh marah ilak dengannya ya. Biasa lah ya manusia. Mun nya encerik susah, bok nya nak ingat sapa dirik nya. Gikpun, orang madah, mun bencik orang, jangan bencik gilak, lak suka baruk tauk. Ne tauk ya jodoh kau. Haha.. (*nyakat Wan)

Wan: Ko boh molah aku kin panas. (*makin muncung jungur nya, merajuk dengan Hashim)

Hashim: Okey-okey. Sorry bah. Ko tauk sik, orang yang pande nya belajar dari kesalahannya empun. Tapi mun orang ya bijak, nya belajar dari kesalahan orang lain.

Wan: Pa beza pande ngan bijak? Lah.. Ko tok. Apa punya peribahasa daaa..

Hashim: Bijak ya darjatnya lebih tinggi dari pande bah.

Wan: Hmm. It make sense.. So? Ko nak madah apa? Mesti ada samting ko nak madah an aku nak? Hashim bah..

Hashim: Yala kau. Aku lom abis kakar gik, dah tanyak macam-macam..

Wan: Elek lah. Bah, cepatlah padah apa..

Hashim: Cemtok. Macam apa nok biak empuan ya dah polah an kau tadik nak, benda ya adalah sebuah kesalahan di mata kau sebab nya kurang ajar di mata kau.

Wan: (*anggut palak. mata nangga Hashim mok mintak penjelasan yang seterusnya)

Hashim: So, kau patut belajar dari sia, yang kau sikleh molah orang lain, macam ne nya molah kau.

Wan: So apa kaitannya dengan 'bijak' and 'pande' tek?

to be continue..



Friday, 28 November 2014

Pake apa aku mok madam api pake api?

Munirah: Hangol palak aku ngan nya ya lok. Nak manas jak upa. Orang lain dimanas, kita yang kenak tempias

Atie: Erm (mata maseh baca buku)..

Munirah: Aku rasa nak dirumbak ku muka nya ya. Sekda guna muka kacak, tapi depan orang molah muka masam..

Atie: (tetak nengar Munirah ngerepak lalu ngalih matanya dari buku nangga muka Munirah) Sabar aih..

Munirah: Ne kita nak sabar. Kita dah kakar bait-bait ngannya. Tok sik, balit jak umah, molah muka cam singa ilang anak eh..

Atie: Nya datang bulan kali..

Munirah: Kau tok nang mala jak nak back-up nya..

Atie: Aiheh, elek bah. Pake apa aku mok madam api pake api? Mun aku ekot kau anok nya, nang sik selesai la masalah.

Munirah: Kau tok macam lah sik pernah ada masalah ngan orang.

Atie: Kita empuan tok nang ringan mulut nak nganok orang. Pike senang ka aku nahan dirik aku dari nganok nya ya tek skali an kau? Kadang-kadang kita salu rasa orang lain ya jaik an kita. Tapi kita lebih gik selalu sik perasan yang kita tok lebih gik jaik an orang lain.

Munirah: (terdiam jak nya)

Atie: Biarlah nya. Sabar jak lebih sikit. Lak mun ko susah, nya juak nolong kau. Semua manusia da pange masing-masing. Dunia tok nang tempat untuk kita annoying an orang. Semua ya sekda bila kita dah jejak kaki kat syurga lak.

Munirah: (terus diam jak)

Atie: Ko boh terasa indah an aku. Juh makan kepci. Lapar tok..

***
Abu Dzar r.a berkata bahawa beliau berkata kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, apakah saranan anda sekiranya saya tidak mampu untuk beramal (berbuat baik kepada orang lain)?" Baginda  s.a.w menjawab: "Tahan dirimu dari melakukan kejahatan terhadap manusia. Itu merupakan sedekah kamu kepada diri kamu sendiri." Muttafaq 'alaih.


Wednesday, 19 November 2014

Dalam Sempit Ada Berkah

Minggu tok is havoc. Geng sakit Typhoid masuk wad. Wad sitok, hospital swasta gik. Berkareh tebalkan muka mintak tolong orang. Bila dalam situasi macam tok, baruk la dapat detect sapa kawan kita sebenarnya. Alhamdulillah..

Nasib juak geng jenis nok happy pun. Sik susah ati. Sik lamak gik keluarnya dari wad. Amin. Banyak orang ngagak nya. Aku pun rasa ilang sa kepak nangga anak-anak Malaysia dari uni lain ngagak nya rame-rame di wad. Maka sik pernah berjumpa. Apa gik dari lain negeri. Sampe aku mala jak kenak nasihat, suh sidak cek lain kali mun dah sakit-sakit.

Bukan kamek orang sik suka g klinik, tapi kamek orang nang sekda duit. Ya sidak madah, soal duit boh riso. Kelak claim jak kat persatuan. Dengar cemya, apa gik. Terus suh nok 2 orang gik geng cek kat hospital. Bila dicek tek duhal, nok sorang pun kenak typhoid. Alhamdulillah sik parah. Bole rehat jak.

Yala, bila nangga situasi sekarang nang la dalam kesempitan, tapi Allah jak tauk rasa luasnya ati, bila ada yang perhatian ngan kita. I'm just a part of the show. Allah dah berik peluang untuk aku tolong orang and it is a blessing  :)


Wednesday, 12 November 2014

Tentang Orang yang Kita Sik Suka

"Kebanyakan manusia apabila disebutkan kepadanya nama temannya, maka dia akan memujinya meskipun dia tahu bahwa pujian itu tidak layak baginya. Dan apabila disebutkan nama musuhnya, maka dia akan mecelanya meskipun dia tahu apa yang diucapkannya bertentangan dengan fakta yang ada."

Min Akhlaq ad-Da'iyah oleh Salman bin Fahd Al-Audah

Tuesday, 7 October 2014

Aku Dah Lelah

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog aku.

Bulan September riya aku langsung sekda tulis apa-apa sitok. Lupak lalu mok update sebab gago sambut junior baru yang sambung belajar ngan aku kat sitok. Well, it's tiring, to meet new people, too share things with everyone, to see different kind of attitudes and to be patience with it. Mashaa Allah. La hawla wala quwwata illa billah.

Susah bagi aku duhal untuk bercampur ngan manusia, tinggal sigek umah. Mun orang nangga aku for the first time, mesti orang fikir aku tok friendly. Haha, lawak. I'm an introvert. Sebenarnya aku lebih suka dok sorang-sorang. Aku sik tauk juak pahal aku maok ngerepak and nunjok perange aku kat blog tok. Sebelom tok aku ada prinsip untuk sik mok cerita pange atau perasaan aku yang sebenar macam ne. Mungkin aku dah rasa lelah gilak ngan semua tok. Lelah ngan masalah dibuat oleh aku sendirik kot. Salah kah duduk satu rumah ngan orang lain? Sabar sikit jak bah Ika. Well, that is my weakness. Masalah yang orang sik nampak bila nangga aku secara real. Aku sikpat share barang ngan orang. Im too hot tempered. Aku sik suka dengar orang kakar bising-bising lam rumah. I AM TOO TIRED! Astaghfirullah. Mun lah benda camtok, Rasulullah jadikan sebagai alasan untuk berhenti berdakwah dolok, sikkan sampe Islam kat aku. Sabar Ika. Sabar banyak-banyak. Bukan sikit. Mok masuk syurga nak? Syurga mahal bah. Jangan give up sekarang. Rugi. Ingat bah, Allah lebih besar dari masalah besar kau ya. Haha. Keep Calm and Close Your Eyes and Think About Jannah.

Tok anak buah aku. Cute sik? Ada anak buah comel pun adalah sebuah kenikmatan yang besar.

Baru-baru tok aku nang mala jak layan ceta korea. Nang gila keja. Asal ada masa genti nangga. Cun juak kenak waktu cuti banyak. Pahal ow mun nangga ceta ya, alu sampe terkenang-kenang cerita ya, suasananya, orang yang belakon lam cerita ya, kesedihan cerita ya. Sampe rasa ati tok mok pergi Korea. Macam best jak tempat cdak. Aman, tenang and design umah sidak pun sangatlah kemas n mewah. Adakah itu sebuah propaganda media bahawa di Korea itu semua rumahnya semat-semat dan indah belaka? HAHA yeah. I think so. Rasa rindu pun boleh muncul juak dengan Korea. What? Aku nang kedak ya, mun dah suka nangga ceta ya, alu sampe rindu, maka aku sik penah jumpa orang yang belakon or pegi tempat sidak belakon ya.

Bila pike balit, camya ka perasaannya bila kita tauk syurga ya camne. Mesti kita rindu mok pergi syurga walaupun kita sikpernah nangga macam ne syurga ya. Yalah sekarang tok banyak gilak tempat yang dijadikan macam syurga. Padah jak, theme park, rumah banglo, istana (macam nok dekat negeri orang puteh ya). Banyak gilak dah 'syurga' kita tangga sampe kita dah loss sense of imagination and curiosity macam ne syurga yang sebenar. Kita dah muak n terbiasa ngan semua ya sampe kita sik bersemangat gik untuk kejar syurga ya. Aku rasa lelah ngan idup. Aku mok rehat. Tapi aku sik tauk perjalanan aku sik lamak gik mok berakhir atau agik panjang. Aku lelah dah mala jak temu jalan sesat. Aku lelah digoda dunia, cerita korea, fashion, shopping, gadget, musik ya semua dunia nok molah aku lalai untuk sembah Allah, tujuan hidup aku. Tapi Allah sikkan biarkan hambaNya bersendirian. Haih, relax, coba bertahan Ika. Sik lamak idup tok. Sekpa, lak kat syurga, lebih indah dari Korea. 'Korea' yang ada sekarang kalah entam 'Korea' yang ada kat syurga lak.

Genti kitak orang sik paham apa aku padah lam tok nak? Sekpa la, yang penting aku rasa puas aku dah tulis semua tok. Semoga jadi iktibar untuk orang lain. chewaaah, poyo ada jak ayat. K bye. Take care.

Friday, 22 August 2014

Hari Perkabungan Malaysia (Self Reflection)

Hari tok Hari Perkabungan untuk seluruh Malaysia sempena sampainya jenazah penumpang pesawat MH17 yang ditembah jatuh  17 Julai 2014 riya di bulan posa rya di KLIA

Rasa luak luai (loya) aku bila nangga upacara pengebumian sidak jenazah tek. Apa agik ada beberapa orang pemilik jenazah ya dekat juak ngan orangg Bintulu tok sendirik.

Subhanallah, kepulangan sidak walaupun sebagai jenazah sangat dihormati oleh negara. Jenazah sidak disambut dengan penuh adat istiadat oleh tentera dan diiring macam acara yang rasmi ke tempat perkebumian masing-masing. Dah la aku tengah molah keja depan tv. Mok tukar channel lain sik dapat. Nang nahan sebak ajak rasa.

Kakya aku terfikir, macam ne ka ngan aku lak. Saat roh aku tercabut dari jasad, apa ka yang aku tengah polah waktu ya. Adakah aku sedang menyakiti ati orang lain, atau aku tengah ada hutang, atau aku ada tangungjawab yang aku belum tunaikan kat orang gik. Aku antara takut ngan nahan sebak. Apa jak la aku dah buat untuk family aku yang dah banyak berkorban untuk aku. Aku tauk aku banyak sakitkan hati orang, selalu lupak mun berjanji ngan orang, banyak hutang ngan orang, hutang budi, hutang harta, belom mintak maaf kat orang yang aku sakiti. Aku takut semua kesalahan aku ya akan buat timbangan dosa aku lebih berat dari amalan bait nok aku polah.

Tok dah mok berangkat ke Surabaya gik makin sendu rasa nyawa aku. Aku selalu lost temper ngan dak anak buah, masam muka depan orang tua, malas mun bekerja ngan orang, sik tunaikan mun ada undangan hari raya atau kenduri kawen.

Aku sik mintak untuk dihormati macam sidak yang dah pergi tok tek mun aku dah sekda lak. Aku harap mun aku pergi lak, kitak orang maafkan aku, tutup aib aku dan lupakan benda yang sik berfaedah yang aku dah polah untuk kitak orang.


Akhlak aku sik seindah pelangi, so aku harap maafkanlah aku, dan lupakanlah aib ku, mun boleh belajarlah dari kesilapan aku, Aku sik tauk bila masa aku tiba, tapi aku takut masa ya datang sekarang.

Saturday, 16 August 2014

Projek 1: Palestine Bottle Cap Badge (August 14)

Tok projek aku waktu balit cuti sem sekarang..




Macam penutup botol sik upanya? Ya namanya bottle cap. Sebulan-bulan posa riya, Gaza kenak serang oleh Israel laknatullah. So, aku mk tolong lah usaha membebaskan Palestin dengan usaha kecik aku jual badge tok. Aku sikpat mok ekot sidak berperang d sinun, tapi dapatlah boycott sikit-sikit barang dak Israel laknatullah ya ngan jual benda tok and sebahagian keuntungannya disumbangkan kepada Aqsa Syarif

Badge tok RM 3.50 sigek. RM 1 dari setiap pembelian disumbangkan kepada Aqsa Syarif. Mun mok order leh pegi instagram aku @ika_saharman.

Semoga usaha aku tok Allah kira sebagai pemberat untuk timbangan pahala aku kat akhirat lak dan dapat tolong dak Palestin tercinta.

Saturday, 2 August 2014

Eid Mubarak

Sebulan dah berlalu. Puasa? Macam rasa kosong. Tapi raya sakan macam udah do the best untuk puasa.

Selamat Hari Raya. Semoga Tuhan sayang dengan semua.


Friday, 4 July 2014

Jangan Cuti Berfungsi

Jika dinanti, sedetik bagaikan sehari, sehari bagaikan setahun. Begitulah rasa para syuhada' yang menunggu saat terangkatnya roh mereka ke alam barzakh. Bahagia menanti syurga.

Jika saat itu tak kita ingini, sebulan bagaikan sehari, sejam bagaikan secepat kerdipan mata. Begitulah bagi yang takut mati. Ingin syahid tapi mati takut dihadapi. Semoga Allah memberi kekuatan suatu saat nanti.

Besok hari yang ditunggu semenjak kaki dilangkah ke Surabaya 6 bulan yang lalu. Hmm, 6 bulan yang lalu. Bila berpisah dari apa yang kita suka, banyak yang menggoda untuk undur kebelakang daripada berjuang. Alhamdulillah, Allah masih sayang. Sibuk dengan kuliah, lupa kerinduan rumah yang persis syurga kecil itu sejenak. Tak sangka dah berlalunya 6 bulan di Kota Pahlawan. Tapi bila menghitung hari nak pulang, memang benar 5 hari bagaikan 5 bulan.

Mungkin begini rasanya bila Rasulullah dapat pulang semula ke Makkah setelah lama di Madinah. Bahkan lebih gembira dari itu. Duhai hati, tuan mu memang tengah cuti, tapi kau jangan cuti untuk berfungsi.


Monday, 30 June 2014

Yang 'Melompat Jauh' Tak Kekal Lama

Malam tarawih yang ketiga. Ku paksakan juga kaki melangkah untuk tarawih ke rumah anak yatim yang di sebelah rumah kerana harus bersendirian. Aku saja yang berstatus penduduk sementara. Agak terasa asing. Tapi mereka jauh sekali dari menganggap aku begitu. Bukankah orang Islam itu satu bangsa?

Malah Bu Nyai, tuan punya panti asuhan itu sungguh gembira sebab saff disebelahnya selalu diisi oleh kehadiranku.

Bacaan Imam tarawih hari ini lebih syahdu dan lebih tenang berbanding sebelumnya. Ayat yang dibacakan pula bukan sekadar '3 Qul'. Alhamdulillah. Lamunan memang suka menyerang bila fokusku hilang. Tapi aku kena lawan dia walaupun dengan payah.

Setelah sempurna 8 rakaat, Sang Imam pun berdiri menyampaikan sedikit amanah dakwah mengisi ruang hati. Alhamdulillah. Tuan Imam boleh masuk Raja Lawak. Lawak memang lawak, tapi berisi rohani.

Tuan Imam mengatakan bulan Ramadhan itu bulan Al-Quran


"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur" Al-Baqarah: 185

Al-Quran itu mukjizat teragung Pesuruh Allah yang terakhir antara mukjizat-mukjizat Baginda yang lain. Para Gunung hancur luluh dan runtuh ketika disuruh menerima mukjizat suci ini.


"Sekiranya kami turunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, maka pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berpikir" Al-Hasyr : 21

Pada zaman sahabat-sahabat Nabi yang mulia, Al-Quran itu cemilan (jajan, junkfood; dengan kata lain penghibur) mereka. Arah mana kakinya melangkah, Al-Quran lah yang ia sampaikan. Saat rehat, Al-Quranlah yang dibaca. Berbanding zaman dunia tanpa batas ini. Sinetron itu cemilan kita. Facebook itu yang kita tatap pertama di pagi buta menjelang Subuh. Twitter tempat kita mencari kata-kata semangat. Artis di tv itu yang kita ajuk dan ikut gayanya berbanding orang-orang hebat lagi sebuah inspirasi dalam Al-Quran. Nabi Musa, Nabi Harun, Luqmanul Hakim. Mengapa tidak mereka-mereka yang terpilih mengisi kisah dalam mushaf teragung ini kita teladani? Sebab ada tangan-tangan hina yang menjauhkan al-Quran dari kita.

Jadi, kita masih mahu bergelapan tanpa cahaya al-Quran? Kalau tak rela, ambil kembali mushaf tercinta ini dari rak-rak buku yang sudah berdebu. Baca dan tangisi diri kita yang telah menjauhi dan payah mendekatinya. Ramadhan bulan Al-Quran. Kalau tak menyaluti diri dengan akhlak dari al-Quran sekarang sendiri rugi. Kerana tiada bulan selain Ramadhan yang meraikan kalam Allah sebegini sekali.

Kalau belum berkemampuan mengeja alif ba ta, boleh mula mencari gurunya. Kalau dah lancar mengalunkan ayatnya, boleh lah menghabiskan satu juz setiap harinya. Kalau yang membacanya jarang-jarang, bolehlah selalu-selalu mendampinginya. Kerana sesuatu yang bertahap itu kekal lama berbanding yang melompat jauh tapi sekali saja.

Sunday, 29 June 2014

Eletrik Mati

Eletrik mati. Hati dah mula resah. Adakah sebab eletrik terpotong? Tapi belum sampai 2 bulan tak bayar lagi. Tapi.. Bapak rumah sebelah selalu ingatkan bayar bil sebelum tanggal ke 20 setiap bulan. Okey.. Okey. Tarik nafas. Dalam-dalam. Oh, rupanya seluruh gang (lorong) tak menyala kipas. Bukan rumah kita orang saja.

Panas. Tubuh yang berpuasa membuatkan kepala agak pening dalam kehangatan. Ini baru pengorbanan sebenar.

Tukang Kejut Sahur

Sudah masuk malam kedua Ramadhan. Pagi tadi kecoh budak-budak bergendang kejut sahur "Sahur... Sahur..' Teriak mereka kegembiraan seperti menikmati keberkahan pahala membangunkan orang sahur. Subuh pukul 4.10 pagi. Seawal 2.30 pagi lagi dah keliling kampung berbekalkan semangat di hati.

Entah ada atau tidak mereka-mereka ini di tempat baru nanti. Cuma, yang aku tahu kau orang memang terbaik buat benda macam ni.

#surabaya #mlm2ramadhan

Saturday, 28 June 2014

Inspirasi

Kotak memoriku masih menyimpan kenangan bersama sang Emak. Emak sudah tua sekarang, selalu disalah sangka sebagai nenekku. Sampai sekarang pun Emak masih bertungkus lumus dengan kudratnya yang semakin melemah untuk membiayai pengajianku setingkat ijazah. Setiap kali nak mintak 'bank in' duit belanja mesti rasa bersalah. Emak sepatutnya sudah duduk bersenang-senang sekarang. Tapi kerana aku, mata yang mengantuk di pagi buta harus dipaksakan untuk dibuka seluas-luasnya agar dapat mengadun kueh untuk dijual. Aku juga cemburu kerana masanya banyak dihabiskan untuk cucu-cucunya sekarang.

Walaupun umur dah boleh dianggap dewasa, aku masih meminta apa yang sedang disuapkannya ke mulut. Kalau Emak sedang makan bubur, akan kuminta lalu diberikannya semua kepadaku.

Sekarang dah lain. Aku pun dah sekolah jauh sampai-sampai dia pun terima hakikat bahawa lepas ni, Ika akan selalu 'jauh' dari keluarga. Asal cuti saja, kerja. Mungkin sebab itu Emak rasa jauh. Semua yang lain dah berkeluarga. Tinggal aku, yang diharapkan untuk menjadi penghibur dan pendengar setia Emak dengan Bapak. Namun aku belum dewasa seperti yang lain untuk cuba memahami dan mencari solusi atas keluhan mereka. Malah, aku sendiri mengadu hal-hal remeh kepada mereka. 'Mak duit habis'. 'Mak, dia jahat kat Ika'. 'Mak, ika demam'. Ika.. Ika.. Bila nak dewasa?

Emak adalah seorang yang sangat tabah, sehingga jalan cerita hidupnya boleh dijadikan Biografi Inspirasi. Tapi aku belum mampu menulis lembaran hidupnya. Tapi aku hairan, kenapa anak-anaknya tak macam tu. Aku cuba jadi macam dia, tetapi kesenangan hidup aku ditenggelami kepayahan yang mematangkan akalnya yang dialaminya sedari kecil berumur 2 tahun saat nenekku meninggal dunia.

Mak, kamek bangga dengan kitak. Kamek sik dapat balas pengorbanan kitak. Tapi kamek harap kitak restu apa yang kamek molah sekarang. Harap dapat molah kitak bangga di depan Allah kat akhirat kelak.

#1ramadhan1435H #6dayslefttogohome #surabaya

Kau Buat Aku Bekerja Keras

Waktu kita disakiti, kita perlu sedar diri bahawa banyak lagi orang yang lembut kepada kita.

Hari ni kau menyebabkan aku bekerja keras wahai sahabat. Kau buat aku bekerja keras untuk menjadi teman yang terbaik untukmu. Aku terpaksa bekerja keras berperang antara buruk sangka dan cuba memahami dirimu. Sampai sekarang aku masih belum tahu, siapa yang menang.

Maafkan aku jika aku terlebih beremosi dalam merespon sikapmu. Kerana aku bukan manusia yang tiada hati. Aku sensitif, sebab kau ku harap adalah orang yang paling sempurna dalam bergaul dengan ku.

Aku tahu, kita tak boleh nak harapkan orang lain layan diri kita sebaik kita melayan orang lain. Sebab yang kita harapkan adalah redha Sang Pencipta. Bukan manusia.

Sekali lagi aku minta maaf atas sikap buruk ku terhadapmu yang sebelum ini dan yang akan datang kerana hanya di syurgalah tempat yang tiada perasaan emosi dan dengki.

Terima Kasih 1#

Di tanah ini, aku perhatikan orang-orang tak pernah lekang dengan senyuman. Sana senyum, sini senyum, tapi ada juga yang di seberang tu berkerut. Hari yang malang.

Di sini, orang-orang membongkok jika menghormati, persis orang Korea jika bertemu orang ternama. Puas aku didahulukan untuk segala sesuatu. Alhamdulillah. Terasa istimewa sebagai tetamu warga asing. 

Tetapi tak lama lagi, aku harus ke tempat yang baru. Semoga keramahannya sama seperti orang sini, yang menjagaku, seperti anak bangsa mereka sendiri. Terima Kasih Surabaya..

inspired by -abdurarsyad

Tuesday, 24 June 2014

LaGu 1# Passenger - Things That Stop You Dreaming

I've got no money in my hand, or my coat, or my pocket.
Won't get to space 'cause I haven't got a rocket.
But I have air in my lungs, eyes in my sockets
And a heart that beats like a tap that leaks
In the night when you haven't got a plumber that can stop it, 
Jack-in-the-Box without a key to lock it
Well, this boat may sink, but I'm not gonna rock it
'Cause the sea doesn't know my name.
Yeah, the boat may sink, but I'm not gonna rock it
'Cause the sea doesn't know my name.

Well, if you can't get what you love, 
You learn to love the things you've got.
If you can't be what you want, 
You learn to be the things you're not.
If you can't get what you need, 
You learn to need the things that stop you dreaming.
Oh, the things that stop you dreaming.

Well, I've got no-one's word and nobody's promise, 
Not a lot to show but this book full of sonnets.
My liver may be fucked, but my heart is honest, 
And my word is true like the sky is blue
In the summertime when everyone gets on it, 
Warm our skins and get sunburned from it.
And our eyes shine bright like a sky full of comets
That shoot like silver trains.
Yeah, our eyes shine bright like a sky full of comets
That shoot like silver trains.

Well, if you can't get what you love, 
You learn to love the things you've got.
If you can't be what you want, 
You learn to be the things you're not.
If you can't get what you need, 
You learn to need the things that stop you dreaming.
Oh, oh.
Oh, the things that stop you dreaming.

Well, if you can't get what you love, 
You learn to love the things you've got.
If you can't be what you want, 
You learn to be the things you're not.
If you can't get what you need, 
You learn to need the things that stop you dreaming.
Oh, oh.
Oh, the things that stop you dreaming.


Sunday, 1 June 2014

Bila External Hard Disk rosak

السلام عليكم

External hard disk aku riya rosak. Sedih la sikit. Sebab banyak kenangan dalam ya. Gambar waktu sekolah dolok, video dari Youtube yang aku download, gamba-gamba nok aku amik, pasya di edit nang semua dah ilang lah.

Dolok start puasa tahun 2013, aku suka alu download video lecture Ust Nouman Ali Khan. Aku suka dengar ceramah nya sebab nya bagi ceramah sik skema bah. Bagi aku, bila dengar ceramah nya nak, macam kita dengar orang puteh klaka dalam tv ya, tapi klaka tentang Islam. Nang cool. And sebabnya lah aku jadi orang yang lebih baik kinek. Macam sik cayak jak, ceramah kat Youtube pun boleh berik hidayah ngan orang. Tergantung apa yang kita tangga di Youtube ya la.

Nang banyak lah videonya aku ada. Recording yang nya molah untuk tafsir Quran pun aku ada download kat sitok.

Sik tauk lah ow, ilham apa nok nyuruh aku copy kan semua folder lecturenya ke laptop aku. Then bila external hard disk aku tek rosak, foldernya jak la sempat aku selamatkan. Alhamdulillah. Bagi aku folder ceramahnya la paling berharga kat dalam external aku ya. Bila nok lain ilang, aku sik sedih gilak. Nampak la ada hikmah Allah mok berik bila external aku rosak. Mungkin banyak gilak lagu, gamba atau video nok sik bermanfaat untuk aku, kat dalam external aku ya. 

So ya jak la mok cerita tek. So mun takrang, ada sik mengalami masalah yang sama?

Ust Nouman Ali Khan (took this photo from his Facebook Page)


Thursday, 13 March 2014

Saturday, 8 March 2014

Boh pike gilak. Enjoy jak..

Ika kinek di Surabaya. Seminggu dah masuk semester 4. Rindu gilak ngan rumah, ngan Bintulu, ngan kawan-kawan di Raudhah. Sampe rasa mok berhenti belajar. Sampe rasa benci dengan tempat yang namanya Surabaya tok. Entahlah tiba-tiba. Surabaya tok lah tempat mengajar erti kehidupan. Kepadatannya, kepanasannya, kebanjirannya, kesesakannya. Ya molah Ika rasa makin rindu ngan Bintulu, yang tenangnya, yang kurang orangnya, yang banyak kawan baik-baik, yang banyak anak buahnya.

But I told myself, orang, bukan family ko jak, tapi orang, kawan-kawan, makcik-makcik yang ko baruk kenal, kakak-kakak angkat ko, kazen-kazen ko dah berik ko macam-macam belajar di Surabaya tok. Mak bapak kakak-kakak ngan abang-abang kau dah berkorban mati-matian carik duit pake kirum untuk kau. Biar lah anak-anak sidak sikpat makan mewah-mewah asal adik bongsu nya tok sik lapar di Surabaya, boleh travel macam-macam tempat, daki gunung, main kat pante. Tapi kau rasa mok berhenti? Pffftt

Sabarlah duhai Ika. Kau lah harapan besar sidak. Kau lah yang diharap kelak ubah hidup family kau, carik kerja bagus-bagus. Mengajar orang yang sik pande. Membantu membangun kan masyarakat. Jadi usu yang boleh membimbing anak-anak buah kau. Jadi kawan yang boleh membantu sidak. Jadi anak yang buat orang tua rasa aman sampai lah akhir hayat sidak. Mak dah berik izin ko belajar jauh. Apa gik kau maok? Mun mak bapak dah redha, Allah pun redha. Belajar rajin-rajin sia. Boh banyak buang masa dengan hiburan. Kurangkan masa dengan benda yang sik memberi pahala buat diri kau, sebab kau terlalu berharga untuk ummah. Kau ngan kawan-kawan kau sangat diperlukan oleh semua orang. Ingat dirik ko sapa. Kau bukan sapa-sapa mun sik Allah yang berik kau macam-macam kelebihan. Allah sayang ngan kau, ko tauk sik? Very well then, good luck to myself :) two and a half year left!

Loba lok beli buku banyak-banyak pake embak ke Surabaya. Susah mok carik buku English sitok. Beli pake melupak rasa sedih hehe

Sunday, 23 February 2014

4 hari gik..

4 hari gik mok balit Surabaya. Sik tentu rasa nyawa.

Alhamdulillah banyak supporter dari Bintulu. Datang sinun lak rasa kesunyian. Tapi sekpa. Allah suruh kita sunyi supaya kita sedar, Allah dan malaikat-malaikat-Nya sentiasa menemani kita. 

Give good books and I'll love you more. Inshaa Allah..

Thursday, 2 January 2014

Kamek Mintak Maaf Okey!

Assalamualaikum and good morning..

Pernah sik kitak orang rasa susah mok maafkan orang? Well, mun tanyak kat Ika, memang ada. So one day, Ika curhat to my friend. 'Kenak kamek tok susah gilak mok maafkan orang ow?' So nya jawab lebih kurang macam tok la..

Well, kita tok dalam pergaulan ada jak menyenangkan orang. Dalam masa yang sama ada juak menyakitkan hati orang. Kita perlu ingat, kita pun ada molah salah. Macam ya juak orang kat kita. Ada yang menyenangkan dan kadang-kadang sidak sik sedar pun molah salah kat kita. Tapi yalah proses MEMATANGKAN DIRIK KITA.

The point that I got is that, orang molah salah ngan kita ya sebenarnya ujian dari Allah juak untuk molah kita berfikir lebih matang. Apa salahnya mok maafkan seseorang ya sedangkan nya dah menyumbang kematangan dalam dirik kita. Antara orang yang paling senang masuk syurga adalah orang yang dalam hatinya sekda simpan dendam dan maafkan semua kesalahan orang kat diriknya. Subhanallah. Semoga kita pun jadi orang yang pemaaf :)

Besarkan jiwa kita seperti besarnya jiwa orang Palestine.